Skip to main content

Apa salah saya? – James

KUALA LUMPUR - Apakah Datuk James Selvaraj gagal melaksanakan tugasnya atau melakukan sebarang kesalahan sepanjang menyandang jawatan Pengarah Prestasi Tinggi ?

Itu persoalan yang perlu dijelaskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas enggan menawarkan tempat automatik kepada bekas jaguh badminton itu untuk diserap secara sepenuh masa.
BAM dalam mesyuarat majlis Sabtu lalu mengumumkan, jawatan Pengarah Prestasi Tinggi akan dibuka kepada umum sebaik tempoh setahun James berakhir hujung bulan ini.

Malah James sendiri dikehendaki membuat permohonan rasmi seandainya beliau mahu diserap secara sepenuh masa.

Tindakan badan badminton itu menimbulkan persoalan.
Apakah James tidak cukup bagus atau relevan untuk menggalas tugas tersebut hingga beliau tidak mendapat keistimewaan untuk diserap secara automatik?

Sedangkan rekod menunjukkan beliau menyandang jawatan itu selepas dilantik oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh pada Ogos 2010.

Malah, seandainya James terbukti gagal dalam melaksanakan tugasnya, seperkara lagi yang menimbulkan persoalan kepada tokoh badminton berusia 61 tahun itu, siapakah yang menilai semua kerja yang telah dilakukan selama ini.

“Ia memang mengejutkan saya apabila BAM mengumumkan bahawa saya perlu membuat permohonan jika mahu menjadi Pengarah Prestasi Tinggi sepenuh masa.

“Ia membuatkan saya terfikir, adakah saya melakukan sebarang kesalahan selama ini hinggakan mereka tidak mahu tawar posisi itu secara automatik kepada saya.

“Saya menerima tugas ini dulu sebab Presiden BAM yang melantik saya dan saya mahu membantu.
“Namun kemudian mereka kata itu tidak memadai kerana mereka mahu seseorang yang boleh bekerja secara sepenuh masa, sedangkan saya hanya pengarah separuh akhir.

“Saya tidak pernah menolak tawaran mereka untuk menggalas tugas sepenuh masa kerana saya sentiasa terbuka bila bercakap mengenai badminton.

“Saya kata, saya sedia mempertimbangkan tawaran (sepenuh masa) tetapi mereka (BAM) kena tunjukkan terma dan syarat yang jelas, ada hitam dan putih, itu semua adalah perkara asas yang paling mustahak.
“Kalau tawaran itu bagus, saya sedia jumpa majikan saya sekarang (Bata) dan mungkin kami boleh berbincang baik-baik.

“Bagaimanapun mereka (BAM) tidak pernah berunding dengan saya untuk menawarkan jawatan sepenuh masa, tidak pernah menunjukkan terma dan syarat.

“Malah tidak pernah memberi tempoh kepada saya selama bila saya akan menggalas jawatan ini... tempoh setahun itu timbul hanya pada mesyuarat majlis, dan saya sendiri terkejut,’’ kata James.

James mengakui kesal diperlakukan sebegitu, kerana niat asalnya ketika menerima tawaran Presiden BAM hanya mahu membantu badminton negara, menyumbang pengalaman dan berkongsi ilmu yang ada tetapi nyata ia tidak dihargai.

Malah beliau juga menegaskan, tidak akan mengemukakan permohonan untuk jawatan Pengarah Prestasi Tinggi kerana pada dasarnya, beliau sebelum ini tidak pernah memohon untuk tugas itu, sebaliknya dilantik.
James juga menjelaskan, sepanjang menggalas tugas berkenaan, beliau hanya diberi peluang mengikuti pemain dalam dua kejohanan iaitu Terbuka Indonesia (Jun) dan Kejohanan Dunia di London baru-baru ini, justeru adakah memadai untuk beliau dinilai hanya daripada dua kejohanan tersebut.

“Pulang dari Terbuka Indonesia, saya sudah mengemukakan laporan dan cadangan kepada BAM mengenai apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki pasukan negara tetapi untuk Kejohanan Dunia, mereka (BAM) belum pun melihat laporan saya.

“Saya juga ada beberapa cadangan seperti mengapa Datuk Lee Chong Wei tidak dapat memenangi kejuaraan dunia, dan apa yang boleh dilakukan untuk membantu beliau memenanginya di masa akan datang,” katanya.



Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...