Skip to main content

Dua atlit kena ujian dadah

IAAF belum puas hati ujian kencing Norjannah dan Imran

KEKECOHAN yang timbul gara-gara melarikan diri daripada ujian anti-doping hujung Mei lalu menyaksikan dua atlit pecut negara, Norjannah Hafiszah Jamaludin (kanan) dan Nor Imran Hadi yang bertanding dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan Sabtu ini mendapat perhatian ‘istimewa’ dari Persekutuan Olahraga Antarabangsa Dunia (IAAF).

Ini kerana kedua-duanya sudah disenaraikan badan induk olahraga dunia itu untuk menjalani ujian darah pra pertandingan bagi mengesan sama ada mereka mengambil bahan terlarang atau tidak walaupun sebelum ini ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-duanya di Bulgaria negatif.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim, berkata IAAF sudah memaklumkan kepadanya bahawa kedua-dua atlit itu wajib menjalani ujian darah pra pertandingan pada Khamis ini, iaitu sehari selepas mereka tiba di Daegu.

“Saya yakin sekiranya isu anti-doping Norjannah dan Nor Imran yang timbul sebelum ini dapat diselesaikan secara berhemah dan tidak dihebohkan pada satu dunia, kedua-dua atlit ini mungkin tidak diwajibkan menjalani ujian darah berkenaan.

“Bagaimanapun, saya melihatnya dari sudut positif kerana bagus juga ujian darah itu dijalankan ke atas kedua-dua atlit itu dan berharap memperoleh keputusan negatif sekali gus ia boleh menutup terus mulut pihak tertentu yang menuduh mereka menggunakan bahan terlarang,” katanya dihubungi di Korea Selatan, semalam.

Karim berkata, ujian yang akan memberi penanda untuk setiap pasport biologi atlit itu membabitkan kerjasama IAAF dengan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) yang mampu mengesan bahan terlarang yang digunakan setiap atlit dalam tempoh enam bulan sebelum ujian dijalankan.

“Penyenaraian Norjannah dan Nor Imran menjalani ujian berkenaan agak unik kerana lazimnya atlit yang mempunyai nama besar dan pemenang pingat wajib menjalani ujian berkenaan sedangkan mereka belum pun memenangi pingat di Sukan SEA,” katanya.

Sebelum ini, Norjannah dan Nor Imran bersama Nurul Sarah Abd Kadir mencetuskan kontroversi apabila ‘melarikan diri’ ke Bulgaria selepas diarahkan menjalani ujian antidoping di Institut Sukan Negara (ISN), hujung Mei lalu.


BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...