Skip to main content

‘Itu hak mereka’


FAIRUZIZUAN (kiri) dan Mohd. Zakry (kanan) membuat keputusan untuk keluar daripada BAM.


“SEMOGA berjaya.” Itu pesanan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj kepada dua pemain beregu negara, Mohd. Zakry Abdul Latif dan Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari yang membuat keputusan untuk keluar daripada badan induk tersebut.

Menurut James, keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pemain berkenaan adalah hak mereka dan beliau hanya mengharapkan agar Zakry dan Fairuzizuan boleh berjaya meskipun telah bergerak sebagai pemain bebas.

“Keputusan di tangan mereka. Mereka yang memutuskan untuk keluar daripada BAM, kita tidak boleh buat apa-apa.

“Saya harap, prestasi mereka akan terus meningkat biarpun sekarang ini mereka bergerak sebagai pemain bebas,” kata James ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bagaimanapun, James tetap menyuarakan kebimbangan terhadap Zakry dan Fairuzizuan kerana bagi beliau bukan mudah sebenarnya untuk menjadi pemain profesional.

James berkata, banyak cabaran yang perlu dihadapi mereka contohnya tidak akan mendapat latihan yang sistematik seperti mana ketika bersama BAM dan sukar untuk mereka mempertahankan kedudukan ranking dunia.

“Lihat sahaja Mohammad Hafiz Hashim, ranking dunia dia jatuh sejurus keluar daripada BAM Januari lalu.
“Kini, mereka sudah keluar daripada BAM, tidak ada siapa yang akan memantau latihan terutama dalam aspek tahap kecergasan mereka, corak permainan mereka dan motivasi mereka.

“Ini yang membimbangkan saya, kerana dua pemain ini masih berpeluang untuk layak ke Sukan Olimpik sekiranya bekerja dengan lebih keras lagi,” jelas James.

Kelmarin, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh mengumumkan bahawa Zakry dan Fairuzizuan telah mengemukakan permohonan untuk keluar daripada naungan badan induk itu pada 17 Ogos lepas.

Menurut Nadzmi, kesemua ahli jawatankuasa BAM telah bersetuju untuk melepaskan kedua-duanya tanpa syarat.

Nadzmi berkata, pasangan itu memutuskan untuk bergerak sendiri kerana merasakan sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada pemain baru, selain faktor umur mereka yang semakin meningkat.

Zakry, 29, dan Fairuzizuan, 28, merupakan bekas beregu negara sebelum jurulatih beregu, Rexy Mainaky memutuskan untuk menggandingkan mereka masing-masing dengan Hoon Thien How dan Ong Soon Hock.
Ekoran tindakan beregu itu keluar daripada BAM, peluang untuk mereka memburu tempat pada Sukan Olimpik 2012 di London mungkin terjejas.



Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...