Skip to main content

KBS sedia jalin kerjasama dengan QPR - Ahmad Shabery

Image © D5 Sports

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan kelab Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang dimiliki untuk program pembangunan bola sepak negara. Gambar arkib

KEMAMAN, (Bernama) - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mengkaji jalinan kerjasama dengan kelab Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang dimiliki Tan Sri Tony Fernandes untuk program pembangunan bola sepak negara sekiranya kelab tersebut mempunyai akademi latihan yang baik.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana terdapat sesetengah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya mempunyai pemain terbaik yang dibeli dari luar seperti kelab Manchester United dan Chelsea.

"Saya akan mendapatkan maklumat sama ada kelab QPR mempunyai akademi latihan sendiri untuk melahirkan pemain berbakat," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bubur lambuk dan Jalur Gemilang di Centre Point, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas saranan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada Fernandes agar tidak melupakan bola sepak negara ini sekalipun akur QPR merupakan hak teraju bersama syarikat induk penerbangan AirAsia itu.

Ahmad Shabery berkata beliau sendiri sebelum ini telah berjumpa dengan Datuk Kamarudin Meranun, yang kini menjadi ahli lembaga pengarah kelab QPR untuk membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan untuk membantu pembangunan bola sepak negara.


Fernandes, 47, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, menjadi pemilik saham utama yang baru dalam QPR selepas membeli 66 peratus saham pemilik Formula 1, Bernie Ecclestone pada kadar sekitar £35 juta (RM171 juta), Khamis lalu.
 - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...