Skip to main content

Penerjun raih gangsa ketiga

SATU lagi pingat dituai penerjun negara di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen semalam, meskipun kem negara pulang dengan tangan kosong dalam acara terakhir 3m papan anjal terjun seirama wanita.

Pingat gangsa itu diperoleh menerusi gandingan Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong selepas kiraan mata keseluruhan dalam lima acara yang menyaksikan Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Amerika Syarikat (AS).

Ukraine yang beraksi cemerlang dalam acara terakhir itu gagal memintas pasukan wanita negara selepas ketinggalan 4.42 mata untuk berada di kedudukan keempat.

Kecemerlangan penerjun wanita negara yang mengumpul 2,336.23 mata itu menyaksikan mereka hanya ketinggalan 36.8 mata di belakang AS yang meraih perak. China pula menang emas dengan 2,674.18 mata.

“Saya gembira kerana penerjun kita berjaya mengekalkan kedudukan ketiga bagi membolehkan kita meraih satu lagi gangsa menerusi acara berpasukan,” kata pengurus terjun, Mohamad Mohd Anif.

“Penerjun kita berpeluang meraih kedudukan lebih baik dan memungut lebih banyak pingat andai cukup masa melakukan persiapan. Jadi selepas ini saya akan cadangkan kepada persatuan untuk memberi perhatian serius kepada temasya Sukan Universiti Dunia ini kerana ia turut disertai penerjun ternama dunia yang boleh dijadikan pentas buat penerjun negara untuk menyerlah.” Sementara itu, Mun Yee dan Yan Yee yang turun dalam acara 3m papan anjal seirama menamatkan saingan di kedudukan kelima selepas mengumpul 272.40 mata, ketinggalan 12.30 mata kepada Paola Espinosa-Arantxa Elizabeth Chavez dari Mexico yang menduduki tempat keempat.


Acara itu dimenangi penerjun China, He Zi-Wang Han yang mengatasi penerjun Russia, Olena Fedorova-Anna Pysmenska (perak) dan Bianca Alvarez-Carrie Dragland (gangsa).

Hingga hari terakhir acara terjun dipertandingkan, skuad negara memungut satu perak dan dua gangsa.



MyMetro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...