Skip to main content

Sasar kedudukan empat terbaik


Sebahagian daripada pemain yang meraih pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou tahun lalu bakal disenaraikan semula dalam skuad negara untuk Trofi Juara-Juara Asia 2011.


SASARAN untuk muncul sebagai empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di China bulan depan sebenarnya bukan satu tekanan buat skuad negara.
Sebaliknya, ia adalah satu sasaran realistik ke atas Malaysia dalam program persiapan menghadapi kempen Kelayakan Olimpik London 2012 awal tahun depan.

Pada kejohanan yang akan bermula 3 hingga 11 September itu nanti, Malaysia yang berada di ranking ke-15 dunia akan berentap dengan lima lagi pasukan Asia iaitu Korea Selatan (6), Pakistan (8), India (9), tuan rumah China (14) dan Jepun (16).

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini menjelaskan bahawa sasaran menduduki tempat empat terbaik itu adalah sesuatu yang realistik dan mampu dicapai.

“Kita harus realistik dalam setiap kejohanan, jadi sasaran kita pada Trofi Juara-Juara Asia ini ialah berada di empat kedudukan terbaik,” titah baginda.

“Malah, sudah menjadi polisi kepada PHM menetapkan sasaran kepada skuad negara dalam setiap kejohanan dan dalam kejohanan ini, tempat keempat adalah sasarannya.

“Jadi, ia bukan satu tekanan kerana semua pemain telah biasa dengan sasaran ini dan masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan,” tambah baginda lagi.
Ketika ini 25 pemain menjalani latihan pusat dan senarai 18 pemain terakhir skuad negara akan diumumkan Tai Beng Hai esok.

Selepas kejohanan enam negara di China ini, skuad kendalian Beng Hai (gambar kecil) itu akan dilepaskan semula menyertai saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) bersama kelab masing-masing pada 17 September.
Selepas LHM berakhir pada 23 Oktober, skuad negara dijadualkan menghadapi Cabaran Juara-Juara I di Johannesburg, Afrika Selatan bermula 26 November hingga 3 Disember.

“Kejohanan di China dan Afrika Selatan ini amat penting bagi persiapan kempen Kelayakan Olimpik London 2012 tahun depan.
“Malah ia juga memberi peluang terbaik kepada Malaysia untuk memperbaiki ranking dunia sekiranya mampu menduduki sekurang-kurangnya tempat kelima dalam Cabaran Juara-Juara I nanti,” titah baginda.



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...