Skip to main content

Yakin layak London

BEKAS pemanah wanita tunggal negara yang pernah layak ke Sukan Olimpik, Mon Redee Sut Txi turut menaruh keyakinan terhadap Nurul Syafiqah Hashim atau Shahira Abd Halim untuk mengikut jejak langkahnya beraksi di pentas sukan terbesar dunia itu.

Namun bekas pemanah berusia 29 tahun itu menegaskan sasaran terbabit yang diletakkan oleh ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung bukanlah sesuatu yang mudah dicapai ketika Kejohanan Asia dilihat medan lebih senang untuk melayakkan di ke Sukan Olimpik 2012.

“Mereka perlu bekerja lebih keras kerana setiap pemanah mampu melakukan kutipan mata tinggi. Apa yang penting adalah usaha dan kerja keras diri sendiri ketika beraksi.
“Saya pernah menyaksikan mereka bersaing pada sirkit kebangsaan di Kedah pada bulan lalu dan mereka mempunyai potensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang kini menjadi jurulatih memanah di Universiti Teknologi Mara, Jengka, Pahang.

Menurutnya, untuk mencipta kejayaan, Nurul Syafiqah dan Shahira perlu melipat gandakan usaha kerana jurulatih hanya boleh memberikan pandangan, teknik dan taktik untuk membantu meningkatkan prestasi mereka dengan selebihnya bergantung kepada diri sendiri. “Untuk menjadi terbaik, segala-gala yang mereka lakukan perlu lebih daripada orang lain. Jika pemanah lain melakukan 400 panahan sehari, mereka sekurang-kurangnya melakukan 600 sehari bagi mencapai tahap konsisten tinggi,” katanya.

Jae-hyung semalam menyandarkan harapan kepada Nurul Syafiqah dan Shahira untuk merebut salah satu daripada tiga tempat dalam kategori individu yang ditawarkan pada Kejohanan Asia di Tehran, Iran dari 18 hingga 24 Oktober ini.


Untuk rekod, Mon turut melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2004 di Greece menerusi Kejohanan Asia yang berlangsung di Myanmar pada 2003.


MyMEtro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...