Skip to main content

Zakry, Fairuzizuan impi Olimpik 2012


Zakry (kiri) dan Fairuzizuan tidak bergandingan hampir setahun selepas kedua-duanya diberi pasangan baru sejak September 2010.


KUALA LUMPUR - Tiga tahun lalu, Mohd. Zakry Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari hampir memenangi tiket Sukan Olimpik 2008 di Beijing, malangnya mereka dinafikan tempat selepas gagal menyaingi beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dalam satu ujian kecergasan khas yang dikendalikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Keputusan itu sangat mengecewakan pasangan tersebut kerana 2008 dianggap tahun paling cemerlang buat mereka dengan merangkul dua kejuaraan besar ketika itu, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia di samping mempamerkan prestasi baik pada Piala Thomas di Jakarta dengan mengalahkan beregu China.
Selepas tiga tahun berlalu, pasangan ini masih memasang impian untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar di dunia itu, biarpun cabaran yang bakal dihadapi kali ini jauh lebih sukar apabila mereka memilih untuk melakukannya di luar BAM dan secara bebas.

Tambah sulit lagi, Zakry dan Fairuzizuan tidak bergandingan hampir setahun selepas kedua-duanya diberi pasangan baru sejak September 2010.
Zakry bersama Hoon Thien How, manakala Fairuzizuan dan Ong Soon Hock.

Gagal menyerlah bersama pasangan baru masing-masing sedangkan usia semakin meningkat - kedua-duanya 28 tahun, mendorong dua pemain berbakat besar ini untuk meninggalkan pasukan kebangsaan biarpun sudah 15 tahun bernaung di bawah BAM sejak menyertai akademik mereka pada usia 13 tahun.

"Saya dan Fairuz perlu melakukan sesuatu jika mahu meningkatkan karier, sebab itu saya memilih untuk meneruskan perjuangan di luar skuad kebangsaan kerana kami masih mahu bermain sebagai satu pasangan dan yakin banyak lagi yang boleh dilakukan berdua.

"Saya akui, keputusan ini satu perjudian tetapi dengan sokongan pelbagai pihak yang kami terima, saya dan Fairuz yakin kami boleh membina semula karier kami. Saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi pada Sukan Olimpik dan itulah yang akan saya dan Fairuz usahakan apabila keluar dari BAM," ujar Zakry.

Zakry yang akan beraksi di bawah tajaan pengeluar barangan badminton China, Li Ning, syarikat yang berpangkalan di Sarikei, Sarawak, West Motor serta beberapa individu mengakui, laluan ke Temasya London tidak mudah kerana dia dan Fairuzizuan perlu bermula dari kosong sebelum menempatkan diri di kelompok lapan pasangan terbaik dunia menjelang April, 2012.

Ditanya mengenai perancangan untuk mencari tiket Olimpik, Zakry berkata, ia akan bermula dengan bertanding pada Grand Prix Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan, Oktober ini, disusuli tujuh lagi kejohanan, termasuk beberapa pertandingan bertaraf Siri Super serta Siri Super Premier.

"Kalau saya boleh konsisten masuk suku akhir atau separuh akhir (Siri Super dan Siri Super Premier) atau final (kejohanan lebih rendah) saya percaya menjelang akhir 2011, kami boleh berada dalam kedudukan 30 terbaik dunia.

"Sebenarnya, pasangan Denmark (Lars Paaske-Jonas Rasmussen) menjadi idola kami. Kalau mereka boleh bermain sampai umur 30an dan masih bagus, mengapa kami tidak? Saya sentiasa yakin, kejayaan boleh dicapai andai kami terus bekerja keras dan membuat perancangan yang bagus," kata pemain kelahiran Seremban itu.

Zakry turut menambah, dia amat terhutang budi dengan BAM kerana merekalah yang telah membawanya berada di tahap sekarang, malah berterima kasih kepada badan badminton itu kerana membebaskan mereka tanpa sebarang syarat.

"Mereka telah banyak berbelanja untuk kami, membiayai latihan dan persekolahan saya dan Fairuz sejak kami menyertai akademi pada usia 13 tahun, dan semalam mereka melepaskan kami pergi dari skuad kebangsaan tanpa sebarang syarat, terima kasih yang tidak terhingga.," kata Zakry.



Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...