Skip to main content

Chong Wei bermula garang


Lee Chong Wei membalas hantaran pemain England, Rajiv Ouseph pada Terbuka Jepun di Tokyo semalam. – AFP


KUALA LUMPUR - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bermula garang pada kejohanan badminton Terbuka Jepun semalam apabila mudah memenangi halangan awal masing-masing. Begitupun tumpuan utama di Tokyo terarah kepada aksi cemerlang beregu muda, Goh V Shem-Lim Khim Wah yang turut melangkah ke pusingan kedua.

V Shem-Khim Wah, antara pasangan yang cuba diketengahkan sebagai beregu No. 2 Malaysia, selain masih berada pada landasan untuk mencari tiket Sukan Olimpik 2012, menang 22-20, 21-19 ke atas beregu Korea, Kim Ki Jung-Shin Baek Choel hanya dalam masa 37 minit.

Ini merupakan kemenangan kedua mereka ke atas pasangan tersebut selepas turut mengalahkan Ki Jung-Baek Choel pada Terbuka Thailand, Jun lalu. Kemenangan semalam bakal membawa beregu No. 43 dunia itu berdepan pasangan berpengalaman China, Chai Biao-Guo Zhendong pada pusingan kedua hari ini.
Chai Biao-Zhendong mara selepas mengejutkan pilihan kelapan, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata dari Jepun 21-23, 21-15, 21-18. Mereka mengiringi beregu utama China dan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun yang terdahulu meneruskan kemaraan dengan menundukkan pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang 21-13, 21-16.

Chong Wei pula memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan mudah menyingkirkan pemain England, Rajiv Ouseph 21-13, 21-13 dalam masa 25 minit Dia akan menentang pemain muda China, Wang Zhengming.

Jaguh No. 1 dunia itu masih berada pada landasan terbaik untuk mengulangi perlawanan akhir dengan bintang China, Lin Dan selepas juara dunia itu menyingkirkan jaguh veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-16, 11-21, 21-12. Terbuka Jepun bagaimanapun mengalami kejutan besar apabila juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia tersingkir 17-21, 21-12, 18-21 kepada pemain Taiwan, Chou Tien-chen.

Sementara itu, Kien Keat-Boon Heong hanya memerlukan 20 minit untuk menjinakkan pasangan tuan rumah Hiroyuki Saeki-Ryota Taohata 21-10, 21-8 dan akan bertemu satu lagi beregu Jepun di pusingan kedua hari ini, Yoshiteru Hirobe-Kenta kazuno.

“V Shem dan Khim Wah terus menunjukkan peningkatan permainan, namun saya harap mereka tidak sekadar berpuas hati dengan kemenangan ini, sebaliknya terus konsisten apabila menentang beregu China esok.

“Ini adalah pertemuan pertama kedua-dua mereka, jadi peluang sebenarnya 50-50. Saya pernah tengok Chai Biao-Zhendong bermain, pasangan ini sangat laju dan untuk menangani mereka, Khim Wah kena menguasai depan jaring. Kita juga kena menyerang sepanjang perlawanan,’’ kata ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her.

Sekiranya berjaya melakar kejutan ke atas Chai Biao-Zhendong, V Shem-Khim Wah berpotensi berdepan rakan senegara, Kien Keat-Boon Heong pada suku akhir kejohanan Siri Super bernilai AS$200,000 (RM627,00) ini.

V Shem-Khim Wah harus menjadikan tiket Sukan Olimpik London sebagai motivasi untuk mencipta lebih banyak kejutan dalam kejohanan besar, selain menjadi pesaing utama bagi mengisi skuad Piala Thomas 2012.
Kata Kim Her, di atas kertas peluang pasangan ini untuk layak ke Olimpik London tampak mustahil, namun beliau percaya, jika mereka dapat meneruskan momentum dan konsisten mencatat keputusan suku atau separuh akhir pada saingan Siri Super serta Grand Prix, mereka masih berpeluang.



Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...