Skip to main content

Jangan ambil ringan Piala Thomas

KUALA LUMPUR - Ketika tumpuan terlalu diberikan kepada misi memburu pingat Sukan Olimpik 2012, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh mengambil ringan satu lagi kejohanan yang memiliki nilai tinggi, Piala Thomas kerana kegagalan melayakkan diri ke pusingan akhir akan dianggap sebagai 'malapetaka' buat badminton negara.

Biarpun sudah 19 tahun tidak bergelar juara, iaitu sejak kali terakhir kita menang di Kuala Lumpur pada 1992, Malaysia tidak pernah gagal beraksi di pusingan akhir sejak format baru kejohanan diperkenalkan pada 1984.

Justeru, kegagalan melayakkan diri ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Wunan, China dari 20-27 Mei tahun depan akan dianggap sebagai kegagalan terburuk dalam sejarah badminton negara, sesuatu yang cuba dielakkan BAM.

Pusingan kelayakan akan berlangsung di Macau dari 14-19 Februari depan, enam bulan sebelum Sukan Olimpik London membuka tirai dari 27 Julai hingga 12 Ogos, dan ketika ini cuma tiga pemain sudah mengesahkan tempat mereka, iaitu jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Bermakna, ada tujuh lagi slot perlu dilengkapkan BAM kurang lima bulan sebelum kelayakan bermula.
Tanpa memiliki ramai pemain berkemampuan untuk dipilih mengisi pasukan, badan badminton kebangsaan itu bersedia membuka pintu kepada pemain bebas, andai mereka berjaya menunjukkan prestasi yang meyakinkan.

BAM juga percaya, struktur kejurulatihan baru yang diperkenalkan awal bulan ini mampu membentuk lebih ramai pemain berkualiti menjelang kempen kelayakan, sekalipun dasarnya fokus struktur yang menggabungkan skuad elit dan pelapis itu lebih terarah kepada Sukan Olimpik 2012.
"Biarpun Sukan Olimpik adalah keutamaan terbesar BAM ketika ini, namun kami sedar tentang kepentingan Piala Thomas.

"Malah semua jurulatih juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab menyiapkan pemain untuk menghadapi kejohanan ini.

"Saya setuju bahawa sekarang ini kita tidak lagi bercakap tentang bagaimana hendak membawa pulang kejuaraan tetapi mengelak daripada gagal melayakkan diri ke pusingan akhir.

"Dengan pilihan pemain yang tidak banyak, ia adalah tugas berat buat BAM dan inilah realiti yang kami kena terima.

"Sekarang kami sedang bekerja keras, malah kami memikirkan bagaimana cara hendak berdepan cabaran ini.
"Saya percaya, struktur kejurulatihan baru mampu membangunkan lebih ramai pemain berkualiti.
"Kerana ia bukan saja memberi manfaat kepada pemain yang disasarkan untuk Sukan Olimpik seperti Chong Wei serta Kien Keat-Boon Heong, tetapi pemain lain juga mendapat sparring berkualiti dan peluang bermain dengan mereka,'' kata Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai selepas mengadakan pertemuan dengan jurulatih kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Kata Chin Chai, pemilihan pemain ke kelayakan Piala Thomas akan dilakukan pada akhir Januari, dengan kriteria utama yang digunakan untuk memilih pasukan adalah prestasi pemain dalam tempoh enam bulan terakhir.

Beliau memberi jaminan, pemain bebas juga akan berada dalam radar BAM jika mereka berjaya menunjukkan prestasi yang baik.



Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...