Skip to main content

Misi capai sasaran lima emas



TIDAK keterlaluan jika dikatakan temasya Sukan SEA yang bakal berlangsung di Indonesia, November depan sebagai ‘lubuk emas’ untuk skuad berbasikal negara.
Kali ini, lebih 20 pingat emas ditawarkan menerusi empat disiplin iaitu trek, lebuh raya, basikal bukit dan BMX.

Secara tradisinya, skuad berbasikal adalah antara penyumbang terpenting kutipan pingat keseluruhan kepada kontinjen Malaysia.
Sebagai rekod, pada temasya Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina, skuad berbasikal negara menyumbang empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Dua tahun kemudian di Korat, Thailand, mereka membawa pulang empat emas, lima gangsa dan empat perak.
Pada temasya 2009 di Vientianne, Laos, skuad berbasikal negara gagal meraih emas, sebaliknya mereka memperoleh satu perak dan dua gangsa.
Pada temasya kali ini, skuad berbasikal negara sekali lagi disandarkan harapan untuk menuai sekurang-kurangnya lima pingat emas.

Kepada wartawan Kosmo!, AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab (gambar kecil) mengulas mengenai misi mereka menghadapi Sukan SEA 2011 selain mengupas beberapa isu yang timbul menjelang temasya dwitahunan itu.

BARISAN pelumba negara menjalani latihan di Chiangmai, Thailand sejak sebulan lalu sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.


KOSMO!: Apa perkembangan terbaharu skuad berbasikal negara menjelang Sukan SEA 2011 di Indonesia?
ABU SAMAH: Persiapan skuad berbasikal negara sebenarnya mempunyai agenda dan fasa masing-masing. Setakat ini, kita boleh pecahkan kepada empat kategori iaitu trek, lebuh raya, basikal bukit (MTB) dan BMX.

Buat kali pertama, kita akan menyertai acara BMX. Kita sebenarnya ibarat ‘setahun jagung’ dalam BMX dan akan bertanding atas tiket kategori B. Namun tujuan kita menghantar pasukan adalah kerana mahu memecahkan dominasi Indonesia dan Thailand, apatah lagi BMX juga adalah antara acara penting Sukan Olimpik.
 
Berbalik kepada soalan tadi, saya katakan skuad berbasikal Malaysia ada agenda tersendiri kerana penyertaan pelumba di Indonesia berdasarkan sasaran tertentu. Misalnya, pasukan trek tidak akan hantar pelumba bertaraf dunia seperti Mohd. Azizulhasni Awang dan Josiah Ng. Dua pelumba itu ada program tersendiri untuk memburu mata ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Malah penyertaan pelumba seperti Mohd. Edros Md. Yunos dan Mohd. Rizal Tisin juga bergantung kepada keputusan Panitia Penyelenggara SEA Games atau Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2011 (Inasoc) dan Persekutuan Sukan SEA (SGF).

Seperti yang kita tahu, Inasoc setakat ini belum memberi keputusan sama ada mahu membenarkan lima acara baharu dalam acara trek lelaki dan wanita iaitu 200 meter pecut individu, 4 kilometer kejar-mengejar berpasukan, pecut berpasukan dan omnium.
Tambahan lima acara itu hanya sekadar ‘janji mulut’ di antara ISSI (Ikatan Sepeda Sport Indonesia) dengan Inasoc. Jadi, atas nasihat ketua jurulatih, John Beasley kita amalkan sikap tunggu dan lihat.

Bagi acara lebuh raya pula, agenda kali ini cukup besar. Kita mahu bawa pulang pingat emas acara lebuh raya selepas kempunan pada Sukan SEA 2009 di Laos dan 2007 di Korat, Thailand.

SETAKAT ini bagaimana persiapan skuad lebuh raya Malaysia untuk ke Sukan SEA 2011?
Bagi menghadapi Sukan SEA 2011, persiapan yang dilakukan oleh jurulatih dari Australia, Graham Seers sudah pun bermula selepas Jelajah Malaysia 2011. Perkara pertama dilakukan ialah lawatan tapak melibatkan beberapa pelumba utama ke laluan sebenar acara lepas beramai-ramai lelaki di Subang berdekatan Bandung.

Laluan itu sangat getir kerana 40 kilometer terakhir menyaksikan pendakian yang sangat memenatkan. Sebelum ini, kita jarang lakukan lawatan tapak. Mereka juga sempat berlatih lebih empat hari di laluan tersebut.

Selepas itu, mereka berlatih Chiangmai, Thailand. Kita pilih kota itu kerana ia mempunyai kawasan berbukit dan cuaca yang mirip dengan Subang, Indonesia. Kita juga hantar pasukan yang besar untuk berlatih di Chiangmai termasuk melibatkan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) dan Le Tua.


ADAKAH Mohd. Edros dan Mohd. Rizal yang dikatakan berada dalam senarai ‘tunggu dan lihat’ ini hanya satu gimik untuk menakutkan Indonesia atau pasukan lain?
Sebagaimana yang saya katakan tadi, sehingga kini Inasoc masih bermain ‘tarik tali’ apabila berbicara soal tambahan acara trek. Selaku Presiden Persatuan Lumba Basikal ASEAN (ACA), saya sudah pun beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ketua Umum ISSI, Phanny Tandjung. Saya sendiri sudah dua kali ke Jakarta untuk bermusyawarah secara diplomasi dengan ISSI. Kali terakhir saya ke sana bersama Setiausaha Agung ACC (Persekutuan Lumba Basikal Asia), Choi Boo Woong.
Kami bertemu wakil Majlis Sukan Negara Indonesia (KONI) dan Inasoc. Namun hasil rundingan kurang memberangsangkan. Inasoc tetap berkeras enggan senarai acara seperti yang dimahukan oleh ACC dan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa).
Perlu diingatkan bahawa biarpun Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2011, namun acara basikal wajib mendapat pengesahan daripada badan dunia seperti ACC dan UCI.

Bagi menjawab soalan itu, saya katakan penyertaan Edros dan Rizal adalah berorientasikan ‘tunggu dan lihat’ kerana tiada guna kita hantar pelumba bertaraf dunia jika pertandingan tidak dapat kelulusan badan dunia.

ADIQ HUSAINIE antara pelumba yang dilihat sebagai prospek emas di Indonesia.


MENGAPA secara tiba-tiba Rizal berubah arah mahu sertai acara BMX?
Kita semua tahu bahawa Rizal adalah pelumba trek bertaraf dunia. Dia menang pingat gangsa di Poland dalam acara 1 kilometer ujian masa individu. Malangnya, acara itu tidak lagi dijadikan acara utama pada Sukan Olimpik dan Sukan Asia. Saya berasakan Rizal mahu ke Sukan Olimpik. Ini adalah cita-cita dan impian semua pelumba trek termasuk Rizal. Dia sebenarnya masih berpeluang ke Sukan Olimpik menerusi acara pecut berpasukan. Gandingannya bersama Azizulhasni dan Josiah sangat digeruni di Asia. Tetapi pada masa yang sama, China dan Jepun berada lebih ke hadapan berbanding Malaysia dari segi kutipan mata ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Mahu tidak mahu, Rizal terpaksa kembali kepada acara asalnya iaitu BMX. Dia sebenarnya bermula dengan acara BMX.

BAGAIMANA pula dengan persiapan pelumba basikal bukit (MTB)?
Buat masa ini, kita mempunyai dua pelumba yang kuat di rantau Asia Tenggara iaitu Shahrin Amir dan Masziyaton. Berdasarkan kepada venue pertandingan di Subang, saya percaya Malaysia boleh melakukan kejutan. Bagaimanapun, peserta pilihan tetap datang dari Indonesia dan Thailand. Bagaimanapun, Shahrin dan Masziyaton tetap digeruni oleh pesaing dari negara rantau Asia Tenggara.
Acara basikal bukit juga banyak bersandarkan kepada tuah ketika bertanding. Peserta pilihan boleh kalah sekiranya beberapa kali mengalami masalah teknikal khususnya tayar pancit.

MSN percaya skuad trek negara boleh menyumbang sekurang-kurangnya lima pingat emas pada Sukan SEA 2011. Apakah itu sasaran realistik?
Acara trek boleh dianggap sebagai ‘lubuk pingat emas’ di Indonesia. Setakat ini, ada 12 pingat emas ditawarkan menerusi acara trek. Namun saya percaya andainya acara trek tidak menerima endorsement (sokongan) daripada UCI dan ACC, ada kemungkinan pelumba negara sukar untuk bersaing secara adil di Indonesia nanti. Jika tidak terima endorsement UCI dan ACC, maka bermakna acara trek tidak diadili oleh komisar antarabangsa yang berpengalaman dan boleh kesan sebarang kesalahan ketika bertanding di dalam trek.
Namun setakat ini, ada juga kemungkinan betapa acara trek sama sekali mungkin tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2011. Saya katakan begini kerana sekiranya acara trek diteruskan tanpa mendapat endorsement UCI atau ACC, ISSI bakal berdepan tindakan penggantungan kerana melanggar peraturan badan induk. Sanction (sekatan) berbentuk penggantungan boleh dikenakan ke atas ISSI.
Bagaimanapun, mesyuarat ketua kontin- jen (CDM) di Jakarta pada 18 Ogos lalu telah mengesahkan bahawa lima acara trek dan satu basikal bukit yang kami perjuangkan itu akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2011.

APA pula sasaran PKBM?
Saya percaya tiga pingat emas hampir pasti dalam genggaman. Kalau dapat lebih, itu adalah bonus. Namun saya impikan pingat emas menerusi acara lebuh raya. Pingat emas acara lepas beramai-ramai pasti akan mengembalikan maruah Malaysia selaku raja lebuh raya Asia Tenggara.

SEPANJANG era 1990-an, kita ada pelumba yang digelar ‘sure bet’ (pertaruhan pasti) seperti Shahrulneeza Razali, M. Kumaresan, Nor Effandy Rosli atau Tsen Seong Hoong. Pada waktu itu, Malaysia sentiasa menang pingat emas acara lebuh raya. Memasuki era terkini, Malaysia nampaknya kempunan pingat emas acara lebuh raya. Kenapa perkara itu berlaku?
Tidak dapat dinafikan pelumba Malaysia selalu dianggap pilihan untuk menggondol pingat emas acara lepas beramai-ramai Sukan SEA khususnya pada era tahun 90-an. Waktu itu, hanya Tonton Susanto atau Victor Espiritu yang mampu menggugat penguasaan pasukan negara. Sukan SEA 2001 menyaksikan Malaysia sapu bersih tempat pertama sehingga keempat. Itulah kenangan paling manis dalam sejarah perlumbaan lebuh raya di peringkat Sukan SEA.
Justeru, apabila kita gagal pada dua tahun temasya Sukan SEA berturut-turut (edisi 2007 dan 2009), saya tidak nafikan wujud sedikit tekanan kepada skuad lebuh raya negara ketika ini.
Tidak dapat dinafikan nama-nama seperti Suhardi Hassan, Mohd. Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Shahrul Mat Amin, Ng Yong Li dan Mohamad Rauf Nur Misbah adalah pelumba yang sangat digeruni di rantau Asia Tenggara.

Kali ini, saya nampak ada ciri-ciri ‘sure bet’ dalam diri Adiq Hussainie, Shahrul dan Amir Mustafa.

WUJUD tohmahan dalam kalangan media Indonesia kononnya agenda untuk mendapatkan acara tambahan seperti 200 meter pecut individu, 4 kilometer kejar-mengejar berpasukan dan omnium adalah demi kepentingan Malaysia semata-mata. Adakah dakwaan itu benar?
Sebenarnya tambahan acara itu adalah ditentukan sendiri oleh ISSI. Pada pertemuan terakhir di Jakarta, saya telah meminta Ketua Umum ISSI arahkan jurulatih trek Indonesia iaitu Wahyudi untuk pilih acara tambahan. Wahyudi pilih acara tambahan, antaranya 200m pecut individu, 4km kejar-mengejar berpasukan dan omnium. Acara tambahan trek Sukan SEA 2011 bukannya ditentukan oleh saya atau Setiausaha Agung ACC. Ia adalah pilihan Indonesia sendiri. Malah saya sempat tegaskan kepada mereka supaya pilih acara yang mereka rasa boleh menang.

Kalau diberi pilihan, sudah tentu saya mahukan acara keirin dijadikan acara penting trek pada Sukan SEA 2011. Kita semua maklum, Azizulhasni adalah pemenang pingat emas acara keirin Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Josiah pula menggondol pingat emas keirin pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.


AKHIR sekali, Tuan Haji telah berdepan dengan puluhan kejohanan sejak menjadi Presiden PKBM. Bagaimana Tuan Haji merumuskan persediaan skuad berbasikal Malaysia secara keseluruhan untuk mengharungi Sukan SEA 2011 nanti?
Secara tradisinya, sukan berbasikal adalah antara penyumbang pingat terpenting kepada kutipan keseluruhan skuad Malaysia. Perkara ini sudah pun berlaku sejak zaman berzaman.

- KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...