Skip to main content

Pusat akuatik belum diperbaiki


keadaan permukaan platform acara terjun di Pusat Akuatik Nasional yang terkoyak teruk dan belum diperbaiki. - UTUSAN/Shahril Aizat Ahmad


KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia sedang mengejar masa untuk menyiapkan venue di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bagi Kejohanan Terjun Piala Asia yang bermula Ahad ini.

Dengan baki hanya empat hari lagi, timbul kebimbangan sama ada kerja-kerja membaiki yang melibatkan kemudahan terjun dan bilik persalinan sempat disiapkan.

Persoalannya, mengapa ia dilakukan pada saat-saat akhir sedangkan perkara seperti kerosakan pada platform terjun yang karpet anti-licinnya terkoyak, pernah didedahkan media termasuk Utusan Malaysia Mei lalu.

Tinjauan ke pusat akuatik nasional semalam mendapati keadaannya masih tidak berubah dan lebih mengejutkan tiada lagi kerja memperbaikinya.

Keadaan kesemua platform terjun (5m, 7m, dan 10m) yang sudah usang dilihat amat membahaya untuk penerjun melakukan terjunan dari ketinggian sedemikian dan terdedah kepada risiko.

Manakala dalam bilik persalinan pula didapati keadaan tandas yang tidak berpintu.
Paip air dalam dua tempat mandi dalam bilik terbabit turut rosak dengan airnya dibiarkan mengalir dari kepala paip.

Setiausaha Persatuan Renang Malaysia (ASUM), Edwin Chong ketika dihubungi memberitahu, satu pertemuan telah diadakan antara pihaknya dengan kontraktor yang dilantik semalam dan mereka memberi jaminan kerja-kerja membaiki akan dimulakan hari ini.
Katanya, kesemua platform akan dipasang dengan karpet anti licin baru yang ditempah khas dari Amerika Syarikat.


"Saya berharap kontraktor akan menyelesaikan kesemua kerja mereka dengan segera dan sebaik mungkin. Kita kesuntukan masa.

"Masalah ini sudah berlanjutan sekian lama. Sebelum ia didedahkan media beberapa bulan lalu, ASUM sudah pun membangkitkan kerosakan-kerosakan ini sejak setahun lalu, saya tidak pasti kenapa tindakan hanya diambil pada saat-saat akhir," keluhnya.

Ratu terjun, Pandelela Rinong juga melahirkan kebimbangannya terhadap keadaan venue menerusi akaun Facebook.

"Bila KSN (perbadanan stadium) nak baiki karpet platform yang sudah koyak-rabak?
"Memang teruk, kejohanan dah dekat, nanti apa kata atlet negara lain," katanya.



Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...