Skip to main content

Safee akhiri latihan di Cardiff City, pulang esok


Safee Sali sempat merakamkan kenangan di Stadium Cardiff City, semalam sebelum mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, esok. - BERNAMA


CARDIFF CITY - Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia, esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam Liga Inggeris.

Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya berkata, tempo permainan di England lebih pantas.
Penyertaan Safee dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang Leicester City.

Beliau tidak bermain dalam permainan itu.
"Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia di tahap berbeza," katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City.

Safee, yang berasal dari Selangor, menyifatkan latihan yang dijalaninya sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain Cardiff City.

"Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. InsyaAllah, saya harap dapat kembali untuk bermain bagi pasukan ini di masa depan," katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isteri, yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh kelab berkenaan.

Safee, yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock sebagai 'David Beckham Malaysia' akan bermain untuk pasukan negara menentang Australia di Sydney pada 7 Oktober ini.
Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun.


- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...