KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam hadir di Kelab Golf The Mines untuk bertemu dengan beberapa pemain golf profesional yang menyertai Kejohanan Golf CIMB Asia Pacific Classic.
Antara pemain yang ditemui oleh Perdana Menteri ketika sesi latihan ialah pemain golf terkemuka Fiji, Vijay Singh yang kini menduduki tangga ke-58 dunia.
Selain itu Perdana Menteri sempat menemui juara bertahan, Ben Crane yang kini berada pada kedudukan ke-50 dunia.
Perdana Menteri turut berkesempatan bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada pemain golf negara, Mohd. Shaaban Hussin bagi menghadapi saingan hebat dalam kejohanan yang cukup berprestij itu.
Selain Mohd. Shaaban, Malaysia turut diwakili oleh pemain golf No. 1 negara, Danny Chia.
Perdana Menteri kemudian hadir di dalam majlis makan tengah hari sebelum pulang.
UTUSAN MALAYSIA
Comments
Post a Comment