KUALA LUMPUR - Selepas kumpulan penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu menyatakan bantahan keras dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kecewa dan terkejut, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pula merayu harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar dikurangkan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan pendirian secara berlembut dan berhemah serta memilih pendekatan prihatin dengan peminat bola sepak tanah air ini dalam khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.
"Saya sudah pun merayu dengan FAM melalui (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) Datuk Hamidin (Amin) dan Datuk Azzuddin (Ahmad, Setiausaha Agung FAM) supaya dapat dikurangkan harga tiket (perlawanan Terengganu-Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam).
"Sekarang terpulang kepada mereka dan jawatankuasa berkenaan (untuk mengekalkan keputusan Isnin lalu dengan harga baru tiket semua tempat duduk, RM50, mengembalikan kepada harga asal, RM30 atau mengurangkan beberapa peratus daripada harga baru itu)," katanya.
Utusan Malaysia

Comments
Post a Comment