Skip to main content

Zol berang, Koo-Tan kalah

JANGAN kaitkan lagi jurulatih dengan prestasi hambar yang dipamerkan setiap kali tewas, demikian amaran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika diminta mengulas kekalahan beregu harapan emas Olimpik negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di Siri Super Terbuka Denmark awal pagi semalam.

Begitupun, ayat pertama yang terpacul dari mulut Zolkples sejurus ditanya mengenai kekalahan juara Sukan Asia Doha 2006 itu dan perubahan struktur kejurulatihan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM), ada nada kecewa terhadap sikap atlet negara.

“Nampaknya tukar jurulatih pun masih tidak dapat mengubah permainan mereka,” keluh Zolkples.
“Acap kali sebelum ini saya nyatakan jangan sesekali menyalahkan jurulatih jika gagal kerana punca kecemerlangan atau kegagalan seseorang atlet bermula dari dirinya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan BAM supaya tidak terlalu mudah mengikut telunjuk atlet yang mahu menukar jurulatih.

“Nak tukar jurulatih memang boleh tapi perlu ada rasional dan persatuan mesti pastikan betul-betul.

“Dalam kes Kien Keat-Boon Heong sebelum ini mungkin kerana mereka sudah terlalu lama bersama Rexy Mainaky tetapi tiada perubahan berlaku lalu BAM bersetuju untuk menukar jurulatih, tapi sepatutnya dengan kekalahan ini pemain itu sendiri patut dinilai.” Pada aksi pusingan pertama awal pagi waktu tempatan semalam, Kien Keat-Boon Heong tewas kepada satu lagi gandingan Korea Cho Gun Woo-Kwon Yi Goo 15-21, 21-15, 21-12. Ini kekalahan pertama gandingan negara kepada pasangan Korea itu sekali gus menyaksikan pemain Korea menjadi badi kepada beregu lelaki negara.

Dalam pada itu, Zolkples menafikan pelantikan jurulatih baru dari Korea Yoo Yong-sung bermula bulan depan adalah perkara yang merugikan kerana baginya kehadiran jurulatih itu mampu menyerapkan budaya permainan ala Korea.

“Tidak timbul isu Pang Cheh Chang gagal menaikkan Kien Keat-Boon Heong lalu cuba beralih arah kepada Yong-sung.

“Kehadiran Yong-sung juga boleh memberi manfaat kepada pemain lain. Lagipun saya rasa bayaran gajinya tidaklah mahal kerana dia sendiri mahu berada di Kuala Lumpur menemani anaknya belajar,” kata Zolples lagi.

Begitupun Zolkples yang bimbang dengan prestasi Kien Keat-Boon Heong berharap gandingan itu menanam tekad untuk berjaya di Olimpik kerana masa semakin suntuk.

Gandingan itu kini berada di kedudukan kelima dunia sedangkan analisis jurulatih mengatakan yang pemain itu perlu berada di ranking keempat dunia jika sukar merampas semula mahkota nombor satu kerana laluan undian lebih mudah jika berada di ranking pertama dan keempat dunia.

Dalam pada itu, gandingan yang baru diuji di pentas antarabangsa Hoon Thien How-Tan Wee Kiong meneruskan kecemerlangan apabila melangkah ke suku akhir.

Mereka mengatasi gandingan Indonesia Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 21-18, 21-17. Di suku akhir hari ini mereka bakal berdepan beregu nombor satu dunia dari China, Fu Haifeng-Cai Yun.


Harian Metro

Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...