Skip to main content

Dua jurulatih jadi teman Chong Wei di gelanggang


PRESTASI cemerlang Chong Wei seringkali dibayangi dengan kehebatan Lin Dan dalam beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini.


SELAIN Tey Seu Bock, Rashid Sidek juga perlu mengiringi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada mana-mana kejohanan.

Demikian cadangan yang dikemukakan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) badan induk tersebut.
Jelas James, ia sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban yang dipikul Seu Bock yang terpaksa melakukan segala tugasan secara sendirian termasuk menganalisis perlawanan buat Chong Wei.

Malah, James juga berpendapat situasi tersebut juga merupakan salah satu faktor menyebabkan Chong Wei masih gagal menyaingi kehebatan seteru utamanya, Lin Dan dari China.
“Jika diperhatikan betul-betul, setiap kali Lin Dan turun beraksi, ada enam jurulatih sebenarnya yang bersama dia.

“Dua jurulatih akan berada di tepi gelanggang. manakala empat lagi di tempat duduk pasukan yang mana masing-masing memainkan peranan tersendiri.
“Ini sama sekali jauh berbeza dengan Chong Wei apabila dia hanya ditemani oleh Seu Bock seorang sahaja di tepi gelanggang.

“Sebab itu, jika Rashid juga dapat turut serta mengiringi Chong Wei pada mana-mana kejohanan yang disertainya, ia sudah pasti akan lebih mudah buat Chong Wei kerana Rashid memang pakar dalam menganalisis perlawanan,” jelas James ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Sebelum ini, Rashid hanya akan mengiringi Chong Wei pada kejohanan-kejohanan tertentu sahaja yang diputuskan oleh BAM kerana beliau lebih diberi tanggungjawab untuk menjaga pemain-pemain muda.
Tambah James, cadangan yang dikemukannya itu bukan sahaja khusus buat Chong Wei, namun ia juga harus membabitkan beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

“Saya sudah bercakap dengan pihak pengurusan BAM mengenai perkara ini. Selain Pang Cheh Chang, jurulatih yang baharu dilantik dari Korea Selatan, Yoo Yong-sung juga perlu mengiringi Kien Keat-Boon Heong pada mana-mana kejohanan.

“Namun, segala keputusan terletak kepada ahli C&T. Sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM, saya hanya boleh mengemukakan cadangan dan sama ada ahli-ahli C&T bersetuju ataupun tidak, saya tidak boleh buat apa-apa,” tambahnya.

Diminta mengulas mengenai kekalahan Chong Wei buat kali ketiga berturut-turut di tangan Lin Dan pada aksi separuh akhir Terbuka China Sabtu lalu, James berkata: “Lin Dan ada elemen kejutan yang tidak ada pada Chong Wei.

“Memang Chong Wei beraksi dengan baik pada set pertama, tetapi Lin Dan memiliki kebolehan untuk mengubah corak permainan pada bila-bila masa sahaja sama ada dia mahu permainan secara pantas ataupun perlahan.

“Ia dibuktikan apabila Lin Dan memenangi set kedua dan set penentuan,” ujar James.
Pada aksi separuh akhir itu, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan apabila tewas 21-19, 12-21, 11-21.

Ogos lalu, Lin Dan telah menghalang impian Chong Wei untuk merekodkan kejuaraan dunia pertamanya apabila menewaskan pemain No. 1 dunia itu 20-22, 21-14, 23-21.

Kehebatan jaguh China itu diteruskan apabila turut menewaskan Chong Wei 21-16, 21-14 pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong, 19 November lalu.


Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...