Skip to main content

Latihan 'ala Korea'


PRESTASI Kien Keat (kiri) dan Boon Heong dilihat merudum kebelakangan ini sehingga mencetuskan persoalan mengenai persiapan mereka bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London.


SELEPAS sah dilantik sebagai jurula- tih baharu beregu lelaki badminton negara, bekas jaguh Korea Selatan, Yoo Yong-sung (gambar kecil) akan mela- porkan diri di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Yong-sung, 37, diberi tanggungjawab membantu Pang Cheh Chang menggilap kembali sentuhan gandingan utama negara, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong yang menjadi pertaruhan memburu pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada masa yang sama, dia juga akan membantu ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her dan Rosman Razak dalam mengendalikan latihan beregu muda negara.

"Saya pernah bekerja bersamanya (Yong-sung) di Korea Selatan dan saya pasti dia adalah jurulatih yang berwi- bawa.
"Pemain-pemain kita akan mendapat manfaat dengan menjalani latihan 'ala Korea' yang mementingkan disiplin tinggi dan serius.

"Diharapkan, sentuhannya mampu mengubah trend tersebut pada kejoha- nan akan datang dan yang lebih penting, Koo dan Tan akan lebih bersedia menjelang Olimpik tahun depan," kata Kim Her semalam.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai memberitahu, Yong-sung akan diberi enam bulan tempoh percubaan untuk dinilai prestasinya.

"Selepas enam bulan, kami akan mendapatkan maklum balas untuk melihat sama ada dia sesuai atau tidak," jelasnya.

Yong-sung yang bergandingan bersama Lee Dong-soo pada 1990-an dan awal tahun 2000, menjadi jurulatih dari Korea Selatan kedua melatih skuad ke- bangsaan selepas Park Joo-bong (1999- 2002) berkhidmat sebagai ketua jurula- tih.

Kelmarin, beliau yang berjaya meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan Olimpik 2004 di Athens, telah menandatangani kontrak dengan BAM.
Dalam pada itu, corak permainan Kien Keat dan Boon Heong akan dirombak secara menyeluruh supaya mereka dapat meningkatkan kembali mutu permainan ke tahap lebih tinggi.

Ini kerana corak permainan beregu emas negara itu yang pernah digeruni suatu ketika dahulu, dilihat tidak lagi mampu mencetuskan resah dalam kala- ngan lawan mereka.

"Dengan baki hanya sembilan bulan sebelum London 2012, sesuatu drastik harus dilakukan untuk mengembalikan rentak dan keyakinan Koo-Tan dan yang pasti, corak permainan sedia ada perlu dirombak.
"Kita dapat lihat jurang antara mereka dengan dua beregu terbaik dunia, Cai Yun-Fu Haifeng (China) dan Jung Jae-sung-Lee Young-dae (Korea Selatan) semakin ketara dengan permainan mereka kian meningkat sedangkan Koo-Tan terus bergelut.

"Cara Koo-Tan bermain sudah terlalu terdedah sehinggakan mudah terpedaya dan diperangkap lawan mereka," akui Cheh Chang.


Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...