Skip to main content

BAM ‘pilih kasih’

ADAKAH Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengamalkan sistem ‘'pilih kasih’ terhadap pemain yang keluar meninggalkan badan induk badminton negara itu, apabila dengan sengaja menetapkan syarat berbeza.
Contoh terbaik isu Tan Chun Seang yang diharamkan menyertai kejohanan di Asia selepas bertindak keluar dari BAM manakala hak Gan Teik Chai-Tan Bin Shen dirampas daripada beraksi di Kejohanan Dunia 2010 yang sehingga kini dikatakan masih belum ada penyelesaian selain isu pelbagai syarat dikenakan terhadap Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari andai mereka ingin berlatih bersama skuad negara di Bukit Kiara secara berkala.

Syarat yang dikenakan terhadap lima pemain disebutkan itu sekadar contoh yang mungkin dihadapi lebih ramai pemain sebelum ini tetapi yang menjadi kemusykilan mengapa gandingan adik-beradik Ng Hui Lin-Ng Hui Ern bebas berlatih bersama skuad negara meskipun sudah keluar dari BAM.
Apakah kerana ada ‘payung’ besar yang memayungi sehingga BAM tidak berani mengatakan tidak kepada mereka? Hui Lin-Hui Ern, kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom pulang bercuti di tanah air bebas berlatih tanpa syarat di Bukit Kiara tidak seperti pemain yang disebutkan tadi.

Hui Lin yang ditemui mengakui BAM tidak meletakkan syarat untuk dia menjalani latihan di Bukit Kiara setiap kali pulang ke Malaysia.

“Saya dan Hui Ern seperti sebelum ini, menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan tapi kami bukan lagi bernaung di bawah BAM,” kata Hui Lin.

Meskipun dua adik-beradik ini tidak bernaung di bawah mana-mana kelab atau persatuan lain, mereka tetap mengikuti pertandingan di Eropah dalam tempoh melanjutkan pelajaran.

Perbezaan antara dua beradik ini dengan pemain yang lain hanyalah status majikan (kelab). Mungkin mereka tidak perlukan majikan kerana ada ibu bapa yang berkemampuan untuk membiayai mereka.

Apapun, hakikatnya Hui Lin-Hui Ern sudah keluar dari BAM dan hal itu disahkan sendiri Pengurus Besar BAM, Kenny Goh yang mengatakan kedua-dua pemain terbabit meninggalkan badan induk badminton negara, Oktober lalu tetapi masih mendapat hak berlatih di Bukit Kiara tanpa syarat.

Tidak dinafikan tidak ada salahnya untuk Hui Lin-Hui Ern berlatih bersama skuad kebangsaan meskipun mereka tidak lagi bernaung di bawah BAM tetapi mengapa pemain lain dikenakan pelbagai syarat.

Adik-beradik itu yang melanjutkan pelajaran di Universiti Larborough dalam jurusan ekonomi mengambil bahagian dalam Kejohanan Antarabangsa Wales dan Ireland dan muncul juara dalam acara beregu wanita di kedua-dua kejohanan terbabit.

Seperti pernah ditegaskan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai sebelum ini, dua beradik itu tetap dianggap atlet kebangsaan, namun menjadi persoalan mengapa kedua-duanya tidak menggunakan jersi Malaysia ketika bertanding di Eropah? “Kami bertanding di Eropah dengan menggunakan nama Malaysia tapi kami tidak menggunakan jersi negara,” akur Hui Lin.

Jika benar mereka masih dianggap atlet kebangsaan seharusnya ada penetapan supaya mereka mengikut garis panduan ditetapkan ketika mewakili negara oleh BAM.


HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...