Skip to main content

Beasley tidak risau aksi Azizul

PERMULAAN agak perlahan oleh jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang langsung tidak menggusarkan ketua jurulatih negara, John Beasley terhadap kemungkinan atlet itu untuk layak ke Olimpik.
Azizul kini berada dalam kedudukan selesa dan sudah semakin pasti mengesahkan tempat beraksi buat kali kedua di temasya terbesar dunia itu yang akan berlangsung di kota London bermula 27 Julai hingga 12 Ogos 2012.

Berlandaskan keadaan itu mendorong Beasley untuk tidak menghantar pelumba di bawah program ‘Road to London’ untuk menyertai siri Piala Dunia Klasik yang ketika di Beijing dari 13 hingga 15 Januari depan.
Katanya, selain Azizul selaku juara bertahan dalam acara keirin pada siri itu dan beberapa pelumba seperti Josiah Ng dan Fatehah Mustapa juga tidak akan dihantar untuk membolehkan mereka memberi tumpuan kepada latihan.

“Saya tidak akan menghantar pelumba dalam program Road to London ke Beijing kerana mereka sudah berada dalam pungutan mata yang selesa. Mereka perlu memberi tumpuan kepada latihan dan akan kembali diturunkan di ACC (Kejohanan Basikal Asia) di Kuala Lumpur Februari ini.

“Begitupun, hanya Muhammad Edrus Md Yunos akan diberi peluang untuk terus mengumpul mata di Beijing dan saya yakin dia mampu untuk memperbaiki catatan masanya kerana dia seorang pelumba berbakat,” katanya.

Mengiring Edrus pada siri ketiga itu adalah beberapa pelumba pelapis membabitkan Mohd Fattah Amri Zaid, Muhd Arfy Qhairant Amran dan beberapa nama lain yang akan diputuskan kelak bagi mengumpul pengalaman bersaing dalam pertandingan bertaraf dunia.

Beasley berkata, penyertaan di ACC yang dijadualkan bermula pada 8 hingga 12 Februari itu adalah penting kerana mereka akan turun selaku pelumba tuan rumah yang akan memberi kelebihan untuk mengumpul lebih banyak mata kelayakan Olimpik.

“ACC adalah penting bagi saya. Begitu juga dengan Azizul serta pelumba lain. Mereka perlu mengambil peluang itu untuk melakarkan kejayaan di hadapan penyokong sendiri selain berusaha memberi impak apabila turun di Kejohanan Dunia di Melbourne Mac nanti,” katanya. Azizul dan Josiah berada di kedudukan selesa dalam pungutan mata benua Asia. Josiah berada di kedudukan sembilan dengan selepas mengumpul 260 mata manakala Azizul di tempat ke-20 (170 mata), jauh meninggalkan wakil dari negara China. Fatehah mengumpul mata keseluruhan 474.67 mata (terbaik Asia) diikuti Hong Kong 456.67 mata dan Korea Selatan 256.67 mata. Hanya dua pelumba terbaik Asia akan beraksi di London.



HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...