Skip to main content

Kaji semula program latihan


PKBM, MSN dan KBS perlu menilai semula program latihan pasukan lebuh raya negara supaya dapat menyaingi pencapaian yang dilakar skuad trek.


TAHUN 2011 sekali lagi memaparkan episod suka dan duka dalam sukan lumba basikal di Malaysia.
Jurang pencapaian antara skuad trek dan skuad lebuh raya negara sekali lagi menjadi isu yang perlu ditangani Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Ketika program yang direncana dalam skuad trek di bawah kendalian John Beasley terus membuahkan hasil, program yang dilabur ke atas skuad lebuh raya pula dilihat belum lagi memuaskan biarpun Malaysia kini mempunyai satu lagi pasukan bertaraf benua iaitu Terengganu Cycling Team (TSG).

Meskipun ada sedikit peningkatan yang ditunjukkan di beberapa kejohanan - Le Tour de Langkawi (LTdL), Tour de Brunei dan Tour de Taiwan - hakikatnya peningka- tan tersebut masih belum konsisten dan jauh menepati jangkaan.

Pentas temasya Sukan SEA 2011 di Indo- nesia bulan lalu sudah pasti menjadi pengu- kur sebenar jurang semasa antara skuad lebuh raya dan skuad trek negara ketika ini.

Pada temasya tersebut, skuad lebuh raya negara di bawah bimbingan Graham Seers gagal menyerlah dalam merealisasikan misi menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Malaysia yang pernah diangkat sebagai gergasi lumba basi- kal di rantau Asia Tenggara suatu ketika dahulu, mencatat keputusan yang mengecewakan, khususnya dalam acara ujian masa berpasukan lelaki yang mana barisan pelumba elit negara menduduki tempat keenam di belakang Singapura dan Vietnam.

Walaupun kegagalan itu ditebus oleh skuad trek negara, ia masih belum cukup untuk menghalang spekulasi bahawa program yang dirancang oleh PKBM bagi pembangunan skuad lebuh raya tidak berjalan seperti diharapkan.

Sebaliknya, program skuad trek negara pula dilihat terus menjadi dengan menghadiahkan beberapa pingat emas menerusi pelumba elit, Fatehah Mustapa dan Mohd. Edrus Yunos selain barisan pelumba daripada program pelapis seperti Ju Pha Somnet dan Fattah Amri Zaid yang turut menepati potensi masing-masing.
Fatehah yang telah pun layak beraksi di Sukan Olimpik 2012 di London telah menyumbang tiga pingat emas - pecut 200m wanita, ujian masa 500m dan pecut berpasukan bersama Ju Pha.

Bagi skuad lebuh raya pula, selain pencapaian Ng Yong Li dan Mariana Mohamad yang masing-masing menduduki tempat keempat dalam ujian masa individu lelaki dan wanita, prestasi pelumba lain pula masih lagi menghampakan.

Presiden PKBM, Abu Samah Wahab mengakui, kegagalan skuad lebuh raya dalam beberapa acara di Jakarta amat mengece- wakan dan berjanji untuk mengkaji semula program latihan skuad tersebut selepas ini.
"Saya telah mendengar pandangan dari- pada jurulatih (Seers) dan kami akan menjalankan post-mortem bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam program tersebut ketika ini," kata Abu Samah.

"Kami tahu kami perlu membawa pelumba-pelumba elit ini dan amat mengharapkan Adiq (Husainie Othman), Shahrul (Mat Amin) dan (Ng) Yong Li mampu memberi cabaran dan menyumbang pingat.
"Malangnya pada hari pertandingan itu, Yong Li hanya mampu menduduki tempat keempat. Adiq tidak dapat beraksi dengan baik kerana mengalami keracunan makanan, manakala Shahrul pula ketinggalan awal dalam perlumbaan.

"PKBM sedar perubahan perlu dilaku- kan segera dan kami akan menilai semula sama ada kami perlu menukar barisan kejurulatihan atau tidak," katanya.

Skuad lebuh raya yang dibarisi Amir Mustafa Rusli dan Adiq (Drapac Cy- cling), Yong Li (LeTua) dan Shahrul (TSG) menjalani latihan di sekitar Subang selama tiga bulan sebelum temasya tersebut dan kemudian menjalani kem pusat di Chiangmai, Thailand sebelum kembali ke Ipoh apabila utara Thailand dilanda banjir.
Dikatakan bahawa ini adalah persiapan paling rapi daripada skuad lebuh raya negara tanpa melibatkan bajet yang tinggi.

Jurulatih skuad lebuh raya negara, Seers pula tidak menyalahkan anak-anak buahnya di atas kegagalan mereka menyumbang pingat di Jakarta.

"Situasi ini bukan suatu malapetaka bagi skuad lebuh raya kita," kata Seers.
"Pelumba kita telah menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi sepanjang temasya tersebut.
"Kita sebenarnya boleh mengambil banyak aspek positif daripada usaha mereka itu.

"Harus diingat bahawa kita telah pun layak secara merit (acara lebuh raya) ke Sukan Olimpik 2012.
"Jadi, sekurang-kurangnya kita harus menghargai apa yang mereka lakukan selama ini," tambahnya lagi.
Abu Samah pula menegaskan bahawa pasukan lebuh raya masih perlu dihor- mati kerana layak ke Sukan Olimpik 2012 secara merit dan ia menjadi bukti yang jelas betapa skuad lebuh raya masih mempunyai masa depan yang cerah.

"Kita layak secara merit untuk menghantar dua pelumba menyertai acara lebuh raya di London. Malaysia adalah antara empat negara Asia iaitu Jepun, Kazakhstan dan Uzbekistan yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2012.

"Ia bukti pasukan lebuh raya kita masih mempunyai masa depan cerah. Bukan mudah untuk layak ke Sukan Olimpik 2012. Perlu juga diingatkan bahawa negara kuasa besar Asia seperti Korea Selatan juga tidak layak ke London.

"Justeru, kita perlu lupakan kegaga- lan pelumba negara di Sukan SEA. Saya percaya ada hikmah di sebalik kegaga- lan tersebut.

"Dahulu kita selalu menang pingat emas. Sekarang kita sudah tiga kali gagal meraih pingat emas Sukan SEA. Ini suatu cabaran besar untuk PKBM. Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini," katanya.
Bagi sukan basikal bukit pula, keja- yaan Masziyaton Mohd. Radzi meme- nangi pingat perak di Sukan SEA turut menggambarkan sukan tersebut wajar diberi perhatian oleh PKBM.

Kejayaannya mengatasi pencapaian di Laos pada 2009 mungkin se- dikit sebanyak menjanjikan potensi yang ada kepada perkembangan sukan ini di Malaysia.

Acara BMX pula masih lagi baharu di Malaysia dan ia menjadi sebab utama mengapa pelumba kita gagal menyaingi kehebatan Indonesia dalam acara lelaki dan wanita.

Namun, PKBM perlu juga memberi sokongan kepada pelumba BMX negara agar usaha mereka untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 nanti tercapai.



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...