Skip to main content

Koo-Tan tambah dos latihan

KUALA LUMPUR - Sedar bahawa permainan mereka semakin merudum dan enggan masalah itu dibawa ke tahun baru, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengambil inisiatif sendiri dengan menambah dos latihan sebaik kembali dari kejohanan Siri Super Masters Akhir, dua minggu lalu. 

Pasangan bermasalah itu menjalani latihan tambahan 30 minit daripada waktu kebiasaan, selain memulakan latihan lebih awal. Malah, pelbagai bentuk latihan tambahan yang akan dirangka bersama oleh jurulatih, Pang Cheh Chang, Tan Kim Her serta Yoo Yong Sung bakal menanti, termasuk latihan yang memerlukan mereka melompat di seluruh gelanggang.

Dengan Sukan Olimpik London hanya tinggal kurang lapan bulan untuk memulakan kempen dari 27 Julai hingga 12 Ogos, Boon Heong menegaskan, adalah mustahak untuk mereka mengetepikan segala kekecewaan dan memasuki tahun baru dengan fikiran yang positif.

"Dua tahun terakhir yang kami lalui tidak begitu bagus, saya dan Kien Keat juga tidak gembira dengan apa yang telah kami lakukan. Bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu terbawa-bawa dengan kekecewaan itu kerana adalah penting untuk saya melangkah ke tahun baru dengan fikiran yang positif.

"Sebab itu, saya dan Kien Keat sendiri memikirkan inisiatif tentang melakukan latihan tambahan. Jurulatih selalu beritahu, mereka boleh sediakan macam-macam program dan rancangan buat kami tetapi pada akhirnya semua terpulang kepada diri kami sendiri,'' kata Boon Heong selepas tamat sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu percaya, selepas menutup tirai 2011 dengan mengecewakan, gagal memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan pada Siri Super Masters Akhir, dia, Kien Keat dan Cheh Chang telah mengadakan perbincangan hati ke hati, dan sejak itu nekadnya hanya satu, bangkit menutup buku lama.

"Sekarang, sasaran saya dan Kien Keat adalah mengembalikan prestasi kami dan cuba bermain dengan lebih konsisten. Tahun 2012 sangat mustahak, kita bukan saja ada Sukan Olimpik, malah Piala Thomas, jadi kami perlu mempunyai fokus yang tinggi.

"Sebagai permulaan, saya harap kami dapat mencari satu keputusan yang baik apabila beraksi di Terbuka Korea. Ia tidak mudah tetapi jika kami boleh melepasi halangan awal yang sukar, ia akan menjadi motivasi yang bagus,'' katanya lagi, yang hanya memenangi satu kejuaraan pada 2011 , Grand Prix Emas Terbuka Malaysia.

Pada Terbuka Korea 2012, kejohanan Siri Super Premier yang menawarkan AS$500,000 (RM1.6 juta), Kien Keat-Boon Heong dijangka bertemu pasangan utama tuan rumah yang menang 12 daripada 14 pertemuan mereka ke atas beregu negara, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung di peringkat suku akhir.


Andai mara ke separuh akhir, beregu No. 3 dunia dan juara Siri Super Masters Akhir, Mathias Boe-Carsten Mogensen pula menanti di separuh akhir.

Pada Terbuka Malaysia yang berlangsung seminggu kemudian, pasangan No. 6 dunia itu berpotensi menentang beregu Korea yang menewaskan mereka dalam semua enam perlawanan terdahulu, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong pada separuh akhir.



Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...