Skip to main content

Ngauman amaran

BERSEMANGAT...Afandi yakin skuad Harimau Muda mampu gegar Liga S.
BERSEMANGAT...Afandi yakin skuad Harimau Muda mampu gegar Liga S.
TIGA perlawanan pada siri jelajah Australia yang boleh dirangkumkan cukup cemerlang oleh skuad Olimpik negara baru-baru ini seolah-olah memberi amaran kepada lawan mereka pada saingan Liga Singapura (Liga S), bahawa penampilan pertama kali anak buah Ong Kim Swee di negara jiran itu tidak boleh dipandang remeh.
Bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC, anak buah Ong Kim Swee kecundang tipis 0-1 kepada Central Coast Marines FC sebelum melakar kemenangan besar 4-1 ke atas lawan sama kelmarin.

Mungkin bagi pihak yang kerap mengkritik, ia bukanlah pencapaian yang boleh dibanggakan, lebih-lebih lagi hanya bertemu lawan berstatus kelab di Liga Australia, namun bagi pengurus pasukan Harimau Muda A, Datuk Afandi Hamzah, apa yang dicapai skuad negara itu amat membanggakan dan cukup penting dalam persiapan bagi mengharungi saingan Liga S, awal tahun depan.
“Pengalaman yang diraih di Australia sebenarnya cukup memberi banyak manfaat kepada skuad negara kita, lebih-lebih lagi untuk menghadapi saingan Liga Singapura tahun depan.

“Di sana nanti (Liga S), saya akui selain pasukan tempatan, banyak pasukan jemputan yang hebat akan bertanding, terutama daripada Perancis (Etoile FC) dan Jepun (Albirex Niigata FC).

“Jadi bagi saya, melalui tiga perlawanan di Australia ini, pemain dapat mempelajari sesuatu yang pastinya diharap dapat dimanfaatkan apabila bersaing di Liga Singapura,” katanya.

Harimau Muda A akan beraksi buat kali pertama dalam Liga S musim depan menerusi kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang menyaksikan skuad Young Lions yang dipanggil LionsXII bersaing dalam Liga Malaysia sebagai pertukaran.

Sementara itu, Afandi yang juga Naib Presiden FAM ketika diajukan sasaran skuad negara pada penampilan pertama di Kota Singa itu, berkata tiada sasaran spesifik diletakkan untuk skuad negara.

“Bagi saya, eloklah mereka memfokuskan kepada menimba pengalaman di sana, ini yang penting. Kali pertama bertanding (di Liga S), kita tidak mahu meletakkan sasaran tertentu.

“Saya juga berharap mereka dapat menjadikan saingan ini untuk meningkatkan mutu permainan untuk menghadapi saingan lebih penting pada masa akan datang,” katanya.


HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...