Skip to main content

‘Saya tunggu keputusan KOAM’



“BUKAN satu isu besar.”Demikian tegas atlet 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Mohd. Khalid ketika mengulas mengenai surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) kepadanya.

Noraseela berkata, surat tersebut sebenarnya telah diterima daripada KOAM kira-kira dua minggu lalu sebelum diketahui oleh pihak media yang mengeluarkan berita mengenai perkara tersebut pada 24 Disember lalu.

“Ketika berita itu didedahkan pihak media, saya sudah membalas surat tunjuk sebab tersebut kepada KOAM.

“Saya sendiri tidak faham, mengapa perkara ini perlu diperbesar-besarkan oleh segelintir pihak.
“Memang saya ada menerima surat tunjuk sebab daripada KOAM dan mereka meminta saya membalasnya semula.

“Saya sudah membalasnya dan harap selepas ini, tidak perlu diperbesarkan lagi,” kata Noraseela ketika dihubungi Kosmo! semalam.

KOAM mengeluarkan surat tersebut bagi meminta penjelasan daripada Noraseela selepas dia mengeluarkan kenyataan kepada media mengkritik pengurusan badan induk itu yang disifatkan tidak menghargai jasa dan pengorbanan atlet olahraga negara.

Kenyataan Noraseela itu hadir selepas dia berjaya mempertahankan pingat emas acara 400 meter lari berpagar wanita pada temasya Sukan SEA di Palembang, Indonesia bulan lalu.

Antaranya, kritikan yang dilemparkan atlet tersebut ialah banyak masalah melibatkan atlet olahraga timbul akibat sikap negatif sesetengah pihak dalam kesatuan itu sehingga menjejaskan kemajuan atlet dan sukan olahraga negara secara dasarnya.

Meskipun sedar bahawa kritikannya itu mampu mengundang padah buat kariernya andai KOAM membuat keputusan untuk menghukum dirinya, namun Noraseela masih belum mahu mengangkat ‘bendera putih’.
Sebaliknya, dia menganggap semua kemelut yang berlaku dianggap sebagai cabaran bagi menjadikan dirinya lebih kuat untuk meneruskan karier selaku atlet olahraga negara.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti. Apa-apa pun, saya tunggu keputusan daripada KOAM,” jelasnya.



KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...