Skip to main content

Zandra puas gapai lima gelaran


IMBAS KEMBALI... Zandra (kiri) bersama Jacqueline meraikan kejayaan mereka meraih pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.


ADA sebab ratu boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menarik nafas lega ketika menutup ‘buku’ musim 2011.

Apa tidaknya, lima gelaran berada dalam genggaman Zandra sepanjang tahun ini termasuk kejayaannya meraih pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan meraih emas pada temasya dwitahunan itu dianggap sebagai penutup tirai 2011 penuh gemilang bagi pemain berusia 25 tahun itu.

“Syukur alhamdulillah... saya berpuas hati dengan pencapaian saya sepanjang tahun ini. Lima kejayaan yang saya raih tahun ini amat bermakna sekali.

“Paling manis sudah pasti kejayaan saya meraih emas pada Sukan SEA di Indonesia lalu,” jelas Zandra ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Zandra memulakan saingan tahun ini dengan langkah kanan apabila menjuarai Terbuka Malaysia 2011 dan Kejohanan Kebangsaan ke-35.

Zandra menjelaskan, kedua-dua kejohanan tersebut adalah sebagai latihan dan persiapan baginya untuk menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia.

“Momentum saya tahun ini amat baik sekali. Boleh dikatakan, ia menjadi tahun paling bernilai dan cemerlang buat saya terutama dalam aksi secara individu,” katanya.

Menurut Zandra, beberapa kejohanan yang disertai tahun ini tidak ubah seperti misi menebus kekecewaan selepas prestasinya agak hambar pada tahun sebelumnya.

Ternyata Zandra membuktikan betapa dia antara pemain terbaik wanita negara ketika ini apabila mengungguli Kejohanan Boling Astro Kebangsaan ke-35 di Sunway Megalanes pada Mac lalu.

Ia merupakan kali pertama Zandra dinobatkan selaku juara kejohanan tersebut.
Meskipun adakalanya prestasi Zandra ‘turun naik’, namun pemain kelahiran Selangor ini masih mampu meneruskan momentum dengan menjuarai Terbuka Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

Zandra menutup tirai 2011 dengan penuh bergaya apabila meraih emas kategori beregu wanita ketika bergandingan bersama Jacqueline Sijore pada Sukan SEA di Jakarta.

Ditanya mengenai perancangannya tahun depan, Zandra memberitahu: “Disebabkan boling tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik dan tiada kejohanan yang besar, kemungkinan besar saya akan lebih banyak menjalani latihan dan menyertai kejohanan tempatan.

“Apa pun, terpulang kepada ketua jurulatih (Holloway Cheah) untuk menentukan sebarang perancangan kepada saya dan juga para pemain negara yang lain,” jelasnya.



Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...