Skip to main content

Ahmad Shabery beri jaminan


AHMAD SHABERY (tengah) ditemani Dr. Ramlan (kiri) ketika melawat pelumba basikal lebuh raya wanita negara, Mariana di KPJ Damansara semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi jaminan untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam prosedur latihan skuad basikal lebuh raya negara bagi menjamin kesela- matan pelumba-pelumbanya pada masa hadapan.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika mengulas insiden kemalangan melibatkan lima pelumba negara yang dilanggar sebuah kereta Kancil ketika menja- lani latihan dan sesi pemili- han di Putrajaya kelmarin.
Dalam insiden tersebut, seorang pelumba wanita negara, Mariana Mohamed, 34, mengalami kecederaan parah selepas patah tulang lengan, rusuk dan lutut kanannya, manakala empat lagi pelumba hanya mengalami kecederaan ringan.

"Sudah tentu saya rasa amat sedih dengan kejadian buruk yang menimpa lima pelumba kita ini, terutamanya Mariana yang agak parah," kata Ahmad Shabery ketika melawat Mariana di Hospital Pakar KPJ Damansara semalam.

"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji semula proses latihan skuad basikal negara, termasuk prosedur-prosedur keselamatan pelumba di atas jalan raya sama ada bantuan daripada pihak marsyal atau polis setakat ini mencukupi atau tidak.

"Kita perlu lihat dan kaji perkara ini dengan teliti, tengok apa kekurangannya dan memperbaiki lagi ciri- ciri keselamatan yang sedia ada kerana jelas sekali insi- den seperti ini perlu dihindari pada masa hadapan," tambahnya lagi.

Turut sama mengiringi Ahmad Shabery dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

Menurut Ahmad Shabery, beliau kini sedang menanti laporan penuh daripada pihak polis dan tindakan pihak berkuasa tersebut terhadap pemandu yang melanggar pelumba negara itu.

"Saya mahukan penjelasan dan tindakan daripada pihak polis. Adakah insiden ini adalah kesilapan kita sendiri ataupun salah pemandu kereta berkenaan yang tidak hiraukan tanda- tanda amaran.

"Sekiranya pemandu itu yang lalai, saya mahu polis mengambil tindakan yang tegas ke atasnya kerana jelas sekali ia bukan perkara yang boleh dipandang ringan, ia melibatkan nyawa pelumba negara," kata Ahmad Shabery lagi.

Selain itu, beliau juga menjelaskan betapa penting- nya untuk menanam keseda- ran kepada orang ramai supaya menerima fenomena baharu sukan berbasikal yang kini menjadi satu sukan riadah yang semakin diminati di Malaysia.

"Saya harap orang ramai dan pengguna jalan raya yang lain menghormati mereka yang menaiki basikal ketika beriadah di sekitar Putrajaya.

"Masyarakat perlu tahu bahawa ini adalah fenomena baharu di Malaysia.
"Saya lihat gejala rempit sudah berkurangan dan ramai remaja sudah mula cenderung kepada sukan riadah berbasikal ini seperti fixie.

"Ini suatu perkembangan yang baik," jelas Ahmad Shabery.



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...