Skip to main content

Apek serah pada KAFA



KOTA BHARU - Penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek (gambar) yang dilaporkan tidak muncul pada hari pertama sesi latihan Kelayakan Olimpik kelmarin, berkata dia menyerahkan kedudukannya kepada majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
 
Beliau yang masih berada di sisi skuad Kelantan di sini, enggan mengulas ketidakhadiran bersama skuad Ong Kim Swee di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seperti yang disiarkan akhbar semalam.
Khairul Fahmi yang ditemui menyerahkan kepada KAFA untuk dia menyertai skuad Olimpik atau sebaliknya.

"Saya tidak boleh buat apa-apa (untuk lapor diri skuad ke Olimpik atau sebaliknya) sebab tidak dapat kata putus daripada KAFA," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kem latihan skuad Kelantan mendapati Khairul Fahmi menjalani latihan seperti biasa bersama rakan-rakan pasukannya dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Piala Presiden negeri itu.

Sementara itu, KAFA menjelaskan 'kehilangan' Khairul Fahmi yang tidak hadir pada sesi latihan skuad kebangsaan disebabkan salah faham.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebenarnya KAFA telah memberi pelepasan kepada Khairul Fahmi untuk menyertai latihan skuad Olimpik.
Namun, katanya Khairul Fahmi harus berada dalam pasukan Kelantan 48 jam sebelum perlawanan menentang Kuala Lumpur yang akan berlangsung esok.
Beliau berkata, Khairul Fahmi sepatutnya boleh melapor diri di Wisma FAM kelmarin, tetapi dia perlu pulang untuk bersama skuad Red Warriors dalam tempoh tersebut dan kembali menyertai latihan skuad negara Ahad ini.

"Beliau sepatutnya boleh melapor diri pada 25 Januari di Wisma FAM tetapi menyangka perlu melapor diri hanya selepas perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur.

"Saya meminta pengurusan Kelantan dan Apek menghubungi jurulatih pasukan Olimpik, Ong Kim Swee untuk menyelaras perkara ini dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas mengenai ketiadaan Khairul Fahmi pada hari pertama sesi latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan C Kelayakan Olimpik menentang Bahrain, kelmarin.

Pemain Kelantan itu juga tidak memberikan sebarang alasan ketiadaannya di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini kepada Kim Swee, yang bagaimanapun masih cuba memberikan ruang dan tempoh kepadanya sehingga semalam.



Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan YATIMIN ABDULLAH
azran.rahim@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...