Skip to main content

PKBM janji siasatan telus

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) melalui jawatankuasa lebuh raya akan menyediakan laporan terperinci mengenai kemalangan yang berlaku ketika perlumbaan pemilihan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Putrajaya kelmarin secepat mungkin.

Menurut Timbalannya, Datuk Naim Mohamad, laporan tersebut nanti akan menerangkan keseluruhan tentang kejadian yang berlaku yang mengakibatkan empat pelumba negara Mariana Mohamad, Masziyaton Mohd. Radzi, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid yang cedera kerana dirempuh kereta Perodua Kancil.

“Laporan ini akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di mana ia akan menjelaskan tentang persiapan sehinggalah kejadian tersebut berlaku seperti mana yang diminta oleh Menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya dalam sidang media di Hospital Pakar KPJ Damansara semalam.

Jelasnya, laporan tersebut tidak akan menyembunyikan apa-apa tentang kejadian yang berlaku sebaliknya ia akan meliputi butir-butir yang lengkap dan terperinci, di mana perlumbaan itu semuanya telah diatur dengan baik.

“Bagaimanapun ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa aspek keselamatan perlu diutamakan dengan lebih mendalam agar ia tidak berlaku lagi buat kali kedua dan mengundang bahaya kepada pelumba,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap pemandu kereta tersebut, Naim berkata, PKBM telah membuat laporan polis di Putrajaya kelmarin dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
“Sekarang tindakan di tangan pihak berkuasa untuk menentukan sama ada pemandu tersebut bersalah atau tidak mengikut undang-undang jalan raya, manakala jaminan bahawa basikal milik Mariana yang rosak teruk akibat kemalangan itu bakal diganti semula akan diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

“Terpulang kepada MSN untuk menggantikan basikal sama ada nilai yang sama dengan basikal asal milik Mariana. Semuanya perlu dilihat dari sudut bajet tambahan pula dia masih lagi di bawah program MSN,” katanya.

Mariana diletakkan sasaran untuk memenangi pingat emas dalam acara lebuh raya Sukan SEA 2013 Myanmar dan itu juga merupakan hasrat pelumba dari Sabah sebelum dia bersara dari acara berbasikal.
Mengenai ujian pemilihan pelumba lebuh raya untuk wanita dan remaja yang terpaksa ditamatkan serta-merta kelmarin, Naim berkata, mungkin pemilihan hanya dibuat berdasarkan keputusan perlumbaan sebelum ini, kecergasan dan pandangan jurulatih. Ini bermakna tidak ada lagi perlumbaan semula.


UTUSAN

Oleh FERZALFIE FAUZI & ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...