Skip to main content

Semua pemain ada peranan


SEU BOCK (kanan) menjelaskan bahawa sandaran bukan terletak pada Chong Wei (kiri) seorang dalam kempen kelayakan Piala Thomas 2012
di Macau bulan depan.

KETIKA sandaran utama diletakkan di atas bahu jaguh perse- orangan, Datuk Lee Chog Wei, lain pula yang disuarakan jurulatih negara, Tey Seu Bock menjelang kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Macau bulan depan.

Bagi Seu Bock, bukan hanya Chong Wei yang diberi tanggungjawab, sebaliknya semua barisan pemain negara yang bakal menggalas cabaran pada kempen kelayakan kali mempunyai peranan masing-masing.
Seu Bock berkata, memandangkan Piala Thomas merupakan kejohanan berpasukan, pemain-pemain lain juga perlu bekerja keras bagi memungut mata buat skuad negara dan tidak hanya mengharapkan Chong Wei seorang sahaja.

“Piala Thomas kejohanan berpasukan, jika Chong Wei seorang sahaja yang berjaya mata, ia masih belum cukup untuk menjamin kemenangan buat skuad negara.

“Justeru, saya harap pemain-pemain lain juga mampu tampil dengan prestasi cemerlang agar dapat menyumbangkan mata buat skuad negara,” kata Seu Bock ketika ditemui pemberita ketika hari pertama sesi latihan pusat di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak turun menjalani latihan disebelah pagi semalam selepas difahamkan mengalami masalah kesihatan, namun dia hadir pada sesi latihan di gimnasium di sebelah petang.
Selain Chong Wei, skuad negara kali ini turut diperkuatkan dengan tiga pemain perseorangan iaitu Muhamad Hafiz Hashim yang hampir pasti menggalas tugas selaku perseorangan kedua, Liew Daren (ketiga) dan Mohd. Arif La- tiff (keempat).

Dalam acara beregu pula, pasa- ngan emas negara, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong akan menggalas cabaran selaku beregu No. 1, manakala Goh Shem-Lim Khim Wah (kedua).
Turut tersenarai bagi acara beregu ialah Hoon Thien How-Teo Kok Siang.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yakin komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan Hafiz dan Daren ketika sesi latihan mampu memberikan impak besar kepada skuad negara untuk melepasi pusi- ngan kelayakan, sekali gus menempah slot ke pusingan akhir di Wuhan, China, Mei depan.
Jelas Rashid, dua pemain itu menunjukkan peningkatan dari segi stamina dan tahap keyakinan yang memuaskan bagi mencapai misi tersebut.

“Daren perlu ambil peluang berlatih bersama pemain No. 1 dunia, Chong Wei dan Hafiz agar belajar mengatasi masalah gugup ketika perlawanan.
“Apabila menjalani latihan dengan Chong Wei dan Hafiz, Daren dapat banyak kelebihan untuk mengukuhkan lagi tahap keyakinannya ketika perlawanan.

“Saya percaya Daren juga sudah belajar sesuatu daripada Sukan Asia 2010 dan Sukan SEA tahun lalu,” jelasnya.

Pada kempen kelayakan kali ini yang bakal bermula 13 hingga 19 Februari ini, skuad negara diundi dalam Kumpulan D bersama Korea Selatan dan Hong Kong.

Hanya empat pasukan terbaik daripada kelayakan Zon Asia layak kepusingan akhir di Wuhan, China bermula 20 hingga 27 Mei depan.



Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...