Skip to main content

Tiga bulan paling getir

MASIH ada tiga bulan buat pelumba basikal negara untuk cuba mengumpulkan sebanyak mungkin mata sebelum senarai terakhir pelumba yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik London, diumumkan pada 8 April ini.

Kejohanan Lumba Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Veledrom Cheras bermula pada 8 hingga 12 Februari ini akan menjadi medan paling hampir untuk barisan negara yang dibarisi Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa mengumpul mata. Selain persaingan membabitkan barisan terkuat Asia, ACC ini juga akan membabitkan pertarungan dua pelumba harapan negara, Azizul dan Josiah yang berada dalam program Road to London untuk membuktikan siapa jaguh di tanah air sendiri.

Begitupun menurut ketua jurulatih negara, John Beasley, selepas ACC masih ada dua kejohanan utama yang menawarkan mata iaitu Siri Piala Dunia Klasik keempat di London dan Kejohanan Dunia di Melbourne, April ini untuk pelumba mengumpul mata penting.
“Hanya pelumba terbaik akan terpilih ke Sukan Olimpik. Biarpun kita mempunyai dua pelumba berpotensi iaitu Azizul dan Josiah, hanya yang terbaik akan terpilih berdasarkan pendekatan baru Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) apabila hanya membenarkan dua kuota untuk pelumba Asia.

“Justeru saya harap mereka akan mempamerkan semangat juang tinggi di ACC nanti,” kata Beasley.

Mengulas mengenai prestasi terkini Josiah, Beasley berkata, pelumba itu kini berada di puncak prestasi kariernya dan pastinya dia tidak akan melepaskan peluang untuk membuat penampilan ketiga di Olimpik.

“Saya yakin Josiah akan memberikan aksi terbaik bagi memastikan pelumba negara di kedudukan terbaik untuk merangkul pingat,” katanya. Terdahulu wujud episod pertelingkahan membabitkan dua pelumba ini dengan Josiah dikatakan tidak puas hati dengan kedudukan Azizul yang menjadi pilihan untuk berada dalam skuad negara berdasarkan syarat baru UCI.

Bagaimanapun Azizul tidak pernah bimbang kerana dia yakin hanya yang terbaik akan dipilih menggalas cabaran negara. Berdasarkan kedudukan terbaru dikeluarkan UCI, Josiah mendahului ranking pelumba terbaik Asia selepas mengumpul 260 mata diikuti pelumba China, Zhang Miao, kedua (220) dan Azizul, ketiga (170). Josiah berada di tempat ke-12 dunia, manakala Zhang Miao (17) dan Azizul (25).


Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...