Skip to main content

Tubuh panel siasat penggantungan Raihan

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengarahkan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menubuhkan panel siasatan berhubung penggantungan empat tahun ke atas atlet angkat berat wanita, Raihan Yusoff kerana bersalah mengambil bahan larangan.

Katanya, menjadi tanggungjawab PABM dalam membuka peluang kepada pengangkat berat kelas 53 kilogram berusia 24 tahun itu memberikan kenyataan atau alasan pengambilannya dalam Kejohanan Dunia Kelayakan Olimpik di Paris, November lalu sehingga digantung Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

“Ia tanggungjawab persatuan untuk buka peluang kepada atlet ini dalam berikan apa saja kenyataan atau alasan (pengambilan bahan larangan). Melarikan diri atau tidak memberikan maklum balas bukan penyelesaian yang baik,” katanya selepas majlis pelancaran Klinik Sepak Takraw Jelajah Akar Umbi bersama bekas pemain negara, Futra Ghani di MSN, Bukit Jalil, semalam.

Zolkples menganggap hukuman IWF serius memandangkan Raihan pernah memenangi pingat gangsa 53kg wanita Sukan Komanwel Delhi 2010 dan antara yang masih berpeluang untuk layak ke Olimpik London, Julai ini.

“Ini kes pertama dan tidak diduga malah mendukacitakan kerana dia sudah lama dalam program penyediaan MSN. Dia juga masih muda dan banyak lagi ruang untuk ditingkatkan prestasinya,” katanya.

Menggalakkan PABM mengemukakan rayuan kepada IWF bagi meringankan penggantungan Raihan, tambahnya, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) juga sepakat untuk membanyakkan ujian doping terhadap atlet negara di luar pertandingan bagi mengelakkan lebih ramai daripada turut terlibat pada masa hadapan.

Zolkples turut menegaskan atlet sering diingatkan dan diberikan kesedaran bahawa mereka tetap berhak untuk menolak sekiranya ragu-ragu dan cuba dipaksa pihak tertentu supaya mengambil bahan sokongan atau perangsang yang di luar saranan ISN. malah boleh memanfaatkan kemudahan perhubungan moden.

“Kami tidak mahu apabila (penggantungan) berlaku (kerana didapati bersalah mengambilnya), atlet itu yang akan menanggungnya, bukan pegawai tertentu persatuan atau jurulatih dan MSN tiada pilihan selain daripada terpaksa tarik balik banyak kemudahan buat mereka seperti elaun latihan bulanan,” katanya.



UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...