Skip to main content

Nur Suryani di puncak gemilang


AHMAD SHABERY menyampaikan replika cek serta trofi kepada Nur Suryani pada majlis Anugerah SAM-100Plus-KBS 2011 di Petaling Jaya semalam.


NAMA penembak wanita, Nur Suryani Mohd. Taibi mula menjadi sebutan apabila dia muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu. Lapor SHANIKA ABDULATIB.

Tidak lama kemudian, Nur Suryani meneruskan momentum kejayaannya apabila mengesahkan slot pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Ia merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan kerana Nur Suryani, 29, muncul penembak wanita raifal pertama negara layak bertanding di temasya Olimpik.

Kejayaan penuh bermakna itu dicapai dalam acara 10 meter Air Rifle pada Kejohanan Menembak Asia di Doha, awal Januari lalu.

Rentetan kejayaan yang dicipta, Nur Suryani dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2011.
"Terharu dan terkejut. Itu perasaan saya apabila dipilih sebagai atlet terbaik," kata Nur Suryani selepas majlis penganugerahan tersebut yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Pemilihan tersebut sekaligus meletakkan Nur Suryani sebaris dengan penerima terdahulu seperti Datuk Nicol Ann David (2005, 2007), Datuk Lee Chong Wei (2008), Mohd. Azizulhasni Awang (2009) dan Pandelela Rinong (2010).

Nur Suryani menambah, anugerah itu akan menaikkan semangatnya ketika bertanding dalam beberapa siri Kejohanan Dunia sebelum beraksi di London.

"Kejohanan Dunia yang bermula April nanti akan menjadi pendedahan penting bagi saya dan dalam masa yang sama, memberi saya perasaan dan suasana bertanding di Olimpik kelak," katanya.

Dengan kejayaan itu, Nur Suryani membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 selain trofi yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam pada itu, Anugerah Kewartawanan Sukan Utama SAM-KBS 2011 diraih wartawan Malay Mail, Haresh Deol, sekaligus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Kategori Ulasan Terbaik dirangkul oleh wartawan Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin Ghazali yang meraih RM3,000.

Wartawan Kosmo! Shahril Nizam Abdullah dan Helmi Talkah juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing meraih RM1,000 dan RM500.

Shahril Nizam telah disenarai pendek dalam kategori Ulasan Terbaik dan Laporan Khas Terbaik, manakala Helmi (Berita Terbaik).



- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...