Skip to main content

Proses pemilihan 'rapuh' punca BAM dikritik

KUALA LUMPUR - Proses pemilihan pemain yang 'rapuh' adalah punca Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat tidak telus dan sering terdedah kepada kritikan setiap kali mengumumkan barisan pemain untuk kejohanan besar, termasuk kelayakan Piala Thomas di Macau, minggu lalu. 

Biarpun badan badminton kebangsaan itu menegaskan bahawa barisan pemain yang disenaraikan di Macau adalah yang terbaik di negara ini, namun definasi atau kriteria terbaik dari pandangan pakar mereka tidak sehaluan dengan pakar badminton yang berada di luar BAM.

Justeru, BAM perlu menukar kaedah pemilihan apabila mengumumkan skuad yang akan membawa cabaran pada pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, 20-27 Mei ini atau mereka akan dipersalahkan jika kita gagal pulang bersama keputusan terbaik, kata bekas ketua jurulatih kebangsaan, Razif Sidek.

Mengadakan kejohanan pemilihan khas, kaedah yang telah lama digunakan oleh negara jiran, Indonesia tetapi tidak pernah dipraktikkan Malaysia, antara pilihan yang boleh dilakukan badan badminton itu untuk mendapatkan pemain terbaik, selain membuktikan ketelusan mereka dalam memilih pemain.

"Saya setuju dan menyokong BAM 100 peratus apabila mereka mengumumkan hanya akan menghantar pasukan terbaik pada Piala Thomas di China nanti, pada saya itu adalah respons yang sewajarnya ditunjukkan oleh sebuah badan badminton kepada kejohanan yang amat berprestij seperti Piala Thomas.
"Persoalan saya sekarang, bagaimana BAM boleh mengatakan bahawa pasukan yang mereka anggap terbaik itu benar-benar terbaik di Malaysia? Bagaimana mereka boleh melakukan penilaian yang tepat kalau proses pemilihan hanya dilakukan berdasarkan kriteria ciptaan mereka sendiri.

"Mereka patut bersikap terbuka dan telus dengan turut membuka peluang kepada pemain-pemain bebas menerusi satu pemilihan khas. Sudah tentu, pengecualian boleh diberi kepada pemain yang menonjol seperti (Datuk) Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tetapi untuk pemain yang tidak mempamer aksi meyakinkan, mereka perlu melalui proses pemilihan,'' kata Razif.

Tegas pakar beregu negara itu lagi, beliau tidak mengatakan bahawa pemain-pemain yang dipilih BAM tidak berkualiti tetapi mungkin ada pemain yang lebih bagus daripada pemain-pemain ini di luar sana sekiranya badan badminton itu melakukan proses pemilihan secara menyeluruh dan terbuka.

Katanya, membenarkan pemain-pemain kelab terpilih menyertai latihan pusat skuad kebangsaan beberapa bulan sebelum kejohanan dan kemudian mengadakan satu pertandingan pemilihan khas untuk menentukan senarai akhir pasukan ke China juga kaedah yang telus bagi menentukan skuad terbaik dibawa ke Wuhan.

"Ketika ini ramai yang mendesak juara remaja dunia, Zufadli Zulkifli dibawa ke Wuhan kerana dia adalah bakat terbesar yang kita ada sekarang dan dia sepatutnya diketengahkan awal kalau BAM serius hendak merampas Piala Thomas pada 2016, kalau saya jurulatih, saya akan bawa pemain ini tidak kisahlah dia bermain untuk KLRC dia tetap bawa nama Malaysia,'' kata Razif.



Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...