Skip to main content

Pesuruhjaya Sukan terima petisyen

SELEPAS tiada sebarang tindakan diambil Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terhadap petisyen dihantar untuk tindakan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim bulan lalu, barisan atlet dan jurulatih mengambil satu lagi langkah baru dengan menyerahkan laporan kemelut KOM kepada Pesuruhjaya Sukan.
Tindakan itu sebagai langkah susulan sebahagian atlet yang nyata tidak puas hati tiada sebarang tindakan dilaksana KOM hingga kini.

Semalam, jurulatih acara 400 meter negara, Hamberi Mahat serta beberapa jurulatih olahraga seperti K Jayabalan serta S Muthiah turut hadir menyerahkan laporan setebal 23 muka kepada Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh di pejabatnya, untuk diambil tindakan.
Katanya, tindakan itu dilakukan selepas meneliti akta pembangunan 1997 yang menyatakan Pesuruhjaya Sukan berhak mengambil tindakan terhadap individu yang boleh menjejaskan pembangunan sukan.

“Kami amat berharap apa yang kami lakukan ini mendapat perhatian Pesuruhjaya Sukan. Sepatutnya KOM sudah mengambil tindakan terhadap petisyen yang mahu Datuk Karim Ibrahim (Timbalan Presiden) meletak jawatan, namun hingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil.

“Sekiranya tiada sebarang perubahan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan datang dengan Karim masih lagi tidak mahu meletak jawatan, kami akan melakukan sesuatu. “Kami akan melakukan apa yang termampu untuk memastikan individu yang menjadi punca kepada kemelut ini tidak lagi berada dalam persatuan ini,” katanya.

Hamberi berkata, wujudnya individu seperti Karim yang menjadi penyebab kepada kemerosotan olahraga dan jika dilihat kembali, Karim adalah individu yang menjadi punca atlet 4x400m negara, Mohd Yunus Lasaleh didapati positif ujian dadah di Sukan Sea lalu.

Pada 13 Februari lalu, semua jurulatih dan atlet olahraga kebangsaan menandatangani petisyen bertajuk ‘Laporan dan aduan jurulatih dan atlet olahraga kebangsaan kepada Presiden KOM’. Laporan 11 muka surat itu mengemukakan pengakuan bertulis berhubung aduan dan keluhan jurulatih tempatan mengusulkan agar Karim disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden KOM.

Sementara itu, Hamberi berkata, Pesuruhjaya Sukan memberi maklum balas positif dan akan meneliti laporan mengenai kemelut KOM dan akan menghantar surat menuntut KOM memberi penjelasan dalam masa dua minggu.



HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...