Skip to main content

Adiq pilihan ke London



ADIQ yang memiliki kekuatan dalam pendakian dilihat sebagai calon terbaik untuk menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.



PELUMBA muda negara, Muhd. Adiq Hussainie Othman kini dilihat sebagai antara calon pilihan utama daripada dua pelumba yang akan disenaraikan bagi menggalas cabaran Malaysia dalam acara lebuh raya di Sukan Olimpik 2012 London, Julai depan.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad menjelaskan bahawa pelumba pasukan Champion System itu diberi keutamaan mengisi satu kuota berdasarkan laluan berbukit pada temasya di London nanti bersesuaian de- ngan kelebihannya sebagai pakar pendaki.

"Sebenarnya masih terlalu awal untuk mengumumkan nama dua pelum- ba yang akan ke Olimpik nanti kerana Jawatankuasa Pemilihan Lebuh Raya dijangka akan membuat keputusan tersebut sebelum 15 Jun depan," kata Naim semalam.

"Begitupun, memang benar Adiq Hussainie merupakan antara nama yang dicadangkan dan diberi keutamaan dalam senarai dua pelumba tersebut.

"Laluan perlumbaan di London nanti banyak melibatkan jalan berbukit dan oleh kerana Adiq adalah seorang pakar pendakian, maka namanya sudah pasti akan diberi keutamaan berdasarkan prestasinya ketika ini," ujarnya lagi.

Adiq, 21, yang kini bersama pasu- kan baharu, Champion System bagi saingan musim 2012, mula mempamer peningkatan mendadak sejak menyertai pasukan Australia, Drapac Professional Cycling Team dua tahun lepas.

Pelumba kelahiran Kemaman, Terengganu itu mencatat beberapa keputusan yang baik dalam perlumbaan, termasuk menaiki podium dua kali pada Jelajah Taiwan bulan lalu dan menduduki tempat keempat di peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL), Februari lepas.

Justeru, Adiq wajar diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya selain diharap dapat melakukan kejutan dengan menghadiahkan pingat kepada kontinjen negara.

"Kita ke Sukan Olimpik kali ini bukan sekadar untuk makan angin atau mencari pendedahan lagi kerana kita ke sana adalah untuk mencatat satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

"Oleh itu, kita memerlukan seorang lagi pelumba yang dapat membantu Adiq dalam perlumbaan itu, kalau boleh seorang pelumba domestik yang akan melakukan banyak kerja.

"Begitupun, banyak lagi kriteria lain yang akan dinilai oleh jawatankuasa pemilihan nanti seperti prestasi semasa, pencapaian dan kemampuan pelumba-pelumba yang telah disenarai pendek," kata Naim.
Kenyataan Naim itu bakal menyaksikan satu lagi slot pelumba lebuh raya kini bakal menjadi rebutan lima pelumba yang disenarai pendek - Mohd. Harrif Salleh, Mohd. Zamri Salleh, Amir Mustafa Rusli, Anuar Manan dan Ng Yong Li.

Begitupun, peluang pelumba sensasi negara kelahiran Kuala Ibai, Terengganu, Anuar Manan untuk beraksi di London dilihat tipis berdasarkan laluan perlumbaan dalam acara tersebut tidak begitu sesuai untuk pelumba pecut sepertinya.



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...