Skip to main content

Chong Wei ratah No1 India

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi mendapat cabaran sengit daripada pemain nombor satu India, Ajay Jayaram dalam usahanya mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka India pada pusingan kedua semalam.

Chong Wei menang set pertama 21-16, mendapat tentangan daripada Ajay yang merampas set kedua dengan kemenangan 21-15.

Namun pemain yang baru beraksi pada kejohanan antarabangsa pertamanya, selepas pulih daripada kecederaan bahu yang dialami di Seluruh England Mac lalu, memacu set ketiga dengan kemenangan bergaya 21-5 untuk bermain di suku akhir hari ini.

Lawan getir menantinya sama ada bekas juara Olimpik dari Indonesia, Taufik Hidayat atau pemain muda China, Wang Zhengming.

Sementara Muhd Hafiz Hashim yang akan bermain sebagai perseorangan ketiga di Piala Thomas bulan depan gagal mengatasi seteru dari China, Chen Jin, pemain yang akan berada di posisi ketiga skuad China.

Bekas juara Seluruh England itu tewas dua set 18-21, 15-21.

Turut terkandas di pusingan kedua, Chong Wei Feng yang tunduk kepada pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus. Selepas tewas 13-21 dalam set pertama, Wei Feng bangkit bertenaga menang 21-8 namun dia gagal meneruskan kecemerlangan apabila tunduk 12-21 dalam set ketiga.

Dalam pada itu, Malaysia masih ada dua wakil dalam acara beregu lelaki selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah mara ke suku akhir.

Kien Keat-Boon Heong menang ke atas gandingan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-18, 21-18 dan akan berdepan gandingan muda Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra yang menewaskan mereka di Piala Axiata lalu.


HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...