Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Rahin Mohd Said berkata jarak renangan 5.6 kilometer sekarang akan dipanjangkan jaraknya dua kali ganda tahun depan.
Katanya acara mungkin tidak lagi dimulakan di Pulau Kapas sebaliknya di perairan pantai di hujung landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
"Ini mungkin lebih menarik dan mencerminkan cabaran yang sebenar kepada para peserta kerana jaraknya lebih jauh berbanding sekarang.
"Bagaimanapun pantai peranginan Kelulut tetap dikekalkan menjadi tempat penamat kerana ia mempunyai infrastruktur yang diperlukan selain antara tempat pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment