Skip to main content

Perkembangan positif


WAN ZACK (kiri) tampil dengan rentak cemerlang pada aksi menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam kelmarin.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tidak mahu skuadnya cepat berpuas hati meskipun berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Sri Lanka dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Menurut beliau, masih terlalu awal untuk berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan menjelang tiga lagi aksi persahabatan menentang Filipina (1 Jun) dan juga Singapura pada 8 dan 12 Jun depan.

“Kemenangan ini penting untuk meningkatkan semula keyakinan pasukan, namun rentak dan tempo permainan serta kombinasi pemain dilihat masih perlu dipertingkatkan.

“Pada masa sama, saya juga memuji kesungguhan pemain muda yang mampu memberikan cabaran kepada pemain yang lebih senior. Saya percaya, ia satu perkembangan yang sihat,” katanya kelmarin.
Dalam perlawanan kelmarin, penyerang muda negara, Ahmad Hazwan Bakri ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meledak hatrik pada minit ke-71, 81 dan 90.

Ia merupakan penampilan pertama Ahmad Hazwan bersama skuad kebangsaan sementara tiga lagi gol skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor (dua gol) dan Azamuddin Akil.
Ia juga merupakan kemenangan pertama skuad kebangsaan dalam tujuh siri perlawanan persahabatan berstatus A setakat ini setelah kali terakhir mencatatkan kemenangan ketika menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun tahun lepas.

Selepas itu, Harimau Malaya sekadar mencatatkan keputusan seri ketika menentang Singapura, India dan Filipina, selain turut tewas kepada Taiwan, Singapura, Australia dan India.
Mengulas lanjut, Rajagobal memberitahu, skuadnya juga dilihat agak ‘lambat panas’ apabila gagal beraksi agresif pada 20 minit pertama permainan.

“Namun, saya memuji semangat pemain yang berjaya mengekalkan momentum meskipun saya melakukan beberapa pertukaran.

“Apa pun, ini baru satu permulaan dan saya harap setiap kekurangan skuad akan dapat diperbaiki selepas ini,” katanya.

Selepas aksi menentang Filipina dan Singapura, skuad kebangsaan bakal diuji Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 27 Julai depan.



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...