Skip to main content

Alasan lapuk - Cheah Soon Kit

Cheah Soon Kit
KUALA LUMPUR - Pemenang pingat perak acara beregu badminton Sukan Olimpik Atlanta 1996, Cheah Soon Kit membidas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) lebih memberikan alasan lapuk berhubung
kegagalan Malaysia mencapai sasaran pada Piala Thomas.

Menurut bekas pakar beregu negara yang pernah berganding dengan Soo Beng Kiang dan Yap Kim Hock, BAM hanya gah dengan perancangan setiap kali menjelang Piala Thomas, namun akhirnya menemui kegagalan.

"BAM mendakwa persediaan mereka ke Piala Thomas amat bagus, namun hingga kini kita masih belum berupaya membawa pulang piala tersebut.

"Saya tidak berniat untuk mengkritik BAM tetapi inilah yang berlaku.

"Kegagalan kita di Wuhan menampakkan masih banyak kekurangan dalam program serta perancangan.
"Jadi perkara ini perlu di atasi," katanya selepas pengumuman nama pemain Program Biasiswa Senheng-Samsung (SS) Badminton Remaja di sini, semalam.

Pada saingan Piala Thomas di Wuhan yang berakhir minggu lalu, Malaysia gagal mencapai sasaran separuh akhir apabila kalah kepada China pada peringkat suku akhir.

Ia adalah kali kedua kita gagal melepasi suku akhir selepas sejarah hitam pada 2004.
Ekoran itu, Soon Kit mencadangkan BAM memberi lebih banyak peluang kepada pemain-pemain yang meraih keputusan baik pada kejohanan antarabangsa daripada terus memberikan alasan sama sebelum Piala Thomas.

"Pemain yang membuktikan kemampuan mereka pada kejohanan antarabangsa perlu diberi peluang beraksi untuk skuad negara meskipun mereka tiada dalam program BAM.

"Sebagai contoh juara remaja Asia dan dunia, Zulfadli Zulkifli mempunyai keputusan yang bagus.
"Semua pemain yang meraih keputusan bagus di peringkat tinggi, asalkan mereka rakyat Malaysia mereka perlu diberikan peluang untuk mewakili negara," katanya.

Soon Kit, yang kini ketua jurulatih Program Biasiswa SS Badminton Remaja berharap program tersebut mampu melahirkan lebih ramai pemain yang memiliki potensi untuk diketengahkan.
"Antara tujuan utama program ini dilaksanakan ialah untuk memberi BAM lebih banyak pilihan pemain," katanya.

Melalui program tersebut, sebanyak 12 pemain berusia 13 hingga 19 tahun dipilih untuk menjalani latihan di bawah bimbingan Soon Kit.



Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...