Skip to main content

BAM abai program pembangunan



BEKAS pemain beregu negara, Cheah Soon Kit berpendapat, kekurangan program latihan merupakan punca kegagalan skuad negara pada kempen Piala Thomas di Wuhan, China yang telah melabuhkan tirainya Ahad lalu.

Soon Kit berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak sepatutnya menggunakan alasan yang sama setiap kali gagal pada kejohanan berpasukan itu dengan memberikan gambaran bahawa badan induk tersebut tidak memiliki barisan pemain berbakat.

Sebaliknya, Soon Kit menggesa BAM untuk mencari formula terbaik dan mengkaji semula program latihan barisan pemain negara.

Katanya, BAM sepatutnya merangka program latihan barisan pemain negara lebih awal bagi membentuk skuad yang benar-benar mantap bagi menghadapi kempen Piala Thomas kali ini berpandukan kegagalan pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.

“Kita sudah mendapat pengajaran selepas kegagalan skuad negara pada Piala Thomas 2010.
“Sepatutnya, BAM menggunakan segala kelemahan yang dilihat dalam skuad negara ketika itu sebagai panduan untuk membentuk sebuah pasukan yang baik.

“Jadi, tidak sepatutnya BAM memberikan alasan yang sama setiap kali gagal pada Piala Thomas.
“Kita sebenarnya tidak pernah ketandusan pemain tetapi kita mungkin silap dari aspek program latihan yang dilihat penting bagi membentuk seseorang pemain berkualiti.

“Memang tumpuan lebih terarah terhadap persiapan Sukan Olimpik 2012 tetapi jika kita lihat sandaran utama ialah Datuk Lee Chong Wei (pemain perseorangan negara) seorang sahaja. Jadi, BAM boleh memberikan fokus terhadap pemain-pemain lain dengan program latihan yang ingin dilaksanakan.
“Apa yang saya boleh katakan, BAM perlu mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah tersebut secepat mungkin kerana kita ada dua tahun lagi bagi membentuk sebuah pasukan yang kuat untuk kembali memberi saingan pada kempen Piala Thomas 2014,” kata Soon Kit.

Pada kempen Piala Thomas kali ini, skuad negara gagal melepasi sasaran yang diletakkan BAM untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir.

Terdahulu, Soon Kit ditemui pemberita ketika majlis pengumuman senarai 12 pemain yang terpilih bagi program biasiswa badminton remaja Senheng-Samsung di ibu negara semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Heng, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon dan Pengarah Urusan Akademi Badminton Looi, Jack Koh.

Menerusi program tersebut, 12 pemain yang berusia antara 13 hingga 19 tahun itu telah ditawarkan biasiswa pembelajaran dan latihan selama tiga tahun di bawah kendalian Akademi Badminton Looi sementara Soon Kit dilantik sebagai ketua jurulatih.

Mengulas lanjut, Soon Kit turut berharap agar BAM mengamalkan sikap terbuka dalam proses pemilihan pemain yang bakal menggalas cabaran skuad negara dalam mana-mana kejohanan terutama melibatkan acara berpasukan.

“Tidak semestinya, seseorang pemain itu berada di bawah naungan BAM, dia boleh dianggap bagus. Ini kerana, pemain-pemain yang bergerak secara bebas dan bernaung di bawah kelab-kelab badminton di luar juga tidak kurang hebatnya.

“Jadi, BAM perlu memantau perkembangan setiap pemain secara menyeluruh. Jika perlu panggil pemain-pemain luar menjalani latihan bersama BAM lebih awal bagi menjalani proses pemilihan.
“Tidak kira pemain itu di bawah naungan BAM atau tida, mereka perlu diberi peluang yang sama rata kerana mereka memberi sumbangan untuk negara,” jelas Soon Kit.

Sebagai rekod, Soon Kit merupakan salah seorang pemain yang membarisi skuad negara ketika menjulang Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.




Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...