Skip to main content

Debaran Harrif ke Olimpik

MOHD. Harrif Salleh yakin dia sudah mencatat keputusan terbaik untuk membolehkannya tersenarai ke Sukan Olimpik. 
 
KUALA LUMPUR - Pilihan kedua pelumba lebuh raya negara yang berada dalam senarai pendek ke Olimpik, Mohd. Harrif Salleh sudah bersedia jika dipilih Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) beraksi di London.

Menurutnya, beraksi di Olimpik memang menjadi impiannya.
Katanya, dia semakin berdebar menunggu pengumuman PKBM walaupun diletakan calon terbaik ke London selepas Muhammad Adiq Hussainie Othman.

"Saya rasa sudah mencatat keputusan yang baik dalam perlumbaan sebelum ini dan berharap PKBM menilai dari segi keputusan," katanya kepada Utusan Malaysia melalui laman sosial Facebook semalam.
Harrif menduduki tangga kesembilan dalam kedudukan keseluruhan perlumbaan Jelajah Asia UCI dengan 97 mata manakala Adiq tempat ketujuh (114 mata).

Jelas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), jurulatih Sebastien Duclos sudah merangka latihan untuknya dan dia juga sentiasa melihat perlumbaan antarabangsa lain untuk menambah ilmu.
"Saya sempat menyaksikan Giro d' Italia baru sebelum ini di mana Andrea Guardini yang beraksi di Le Tour de Langkawi (LTdL) mampu menewaskan pelumba sensasi Britain, Mark Cavendish. Jadi tidak mustahil saya melakukan perkara yang sama di London nanti.

"Jurulatih juga memberitahu keadaan laluan di Olimpik tidak terlalu sukar walaupun perlu melalui kawasan berbukit di Box Hill.

"Dia yakin saya mampu melakukannya dan menjangkakan saingan akan berakhir dalam kelompok besar," katanya.

Ditanya mengenai gandingannya dengan Adiq sekiranya kedua-dua mereka terpilih, Harrif menegaskan dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan rakan senegerinya itu kerana mereka pernah beraksi bersama baik dalam acara lebuh raya mahupun trek.

"Saya dan Adiq perlu bekerjasama pada Olimpik nanti kerana ia perlumbaan yang besar.
"Esok saya akan ke Tour Singkarak. Di sana banyak laluan berbukit. Saya ke sana untuk mempertingkatkan kayuhan pendakian. Untuk pecutan saya rasa tidak masalah," katanya.

Harrif berharap dapat beraksi di Olimpik kerana dia sudah melakukan yang terbaik seperti mana yang diharapkan oleh PKBM yang menilai pelumba melalui perlumbaan LTdL, Jelajah Malaysia, Sirkit Grand Prix dan prestasi semasa.

Tambahnya, Duclos juga sering berhubungan dengan Ketua Jurulatih, John Beasley untuk bertanyakan tentang perkembangannya dan bertukar pendapat.



Oleh FERZALFIE FAUZI

UTUSAN MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...