KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Skuad angkat berat negara berpeluang
menambah satu slot dalam kategori lelaki pada Sukan Olimpik London
Julai ini, jika salah seorang daripada dua peserta yang bertanding pada
Kejohanan Angkat Berat Kelayakan Asia di Pyeongtaek, Korea Selatan
bulan lepas gagal dalam ujian doping.
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Zafarul Akhbar Kassim berkata beliau sedang menunggu keputusan ujian doping itu membabitkan atlet Uzbekistan dan Kazakhstan daripada Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF).
"Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal dalam ujian tersebut, kita berpeluang cerah menghantar satu wakil lelaki ke Olimpik bagi menggantikan tempat salah seorang peserta itu," katanya kepada Bernama.
Zafarul berkata beliau juga akan berusaha mendapatkan satu tiket 'wildcard' daripada IWF sekiranya ujian doping tersebut membuktikan bahawa dua atlet terbabit tidak mengambil bahan terlarang.
Skuad angkat berat wanita negara telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik selepas meraih tempat keenam keseluruhan pada kejohanan kelayakan tersebut.
Badan induk angkat berat negara baru-baru ini, telah mencalonkan dua atlet wanita kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Azizah Fadzil dalam acara 53kg dan Nurniada Nordin dalam acara 48kg sebagai peserta simpanan ke Sukan Olimpik.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment