Malaysia HOKI Piala Sultan Azlan Shah 2012 - Malaysia Kejutkan Pakistan 3-2 Untuk Kemenangan Pertama
IPOH, 30 Mei (Bernama) -- Jaringan dramatik oleh Muhammad Razie Abdul
Rahim pada saat-saat akhir perlawanan membantu Malaysia mencipta
kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012
apabila menumpaskan Pakistan 3-2 di sini, Rabu malam.
Walaupun ketinggalan dua gol, Malaysia tidak berpatah semangat malah bangkit pada separuh masa kedua untuk mengatasi Pakistan selepas lima tahun.
Jurulatih negara Tai Beng Hai berkata hasil persefahaman dan komitmen tinggi pemain membuahkan hasil dan berharap anak buahnya akan lebih berwaspada apabila menentang New Zealand esok.
Dalam perlawanan lain, Argentina mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut apabila mengalahkan India 3-2 sementara, Great Britain meleburkan rekod tanpa kalah New Zealand dengan kemenangan 2-1.
Walaupun berkongsi sembilan mata dengan Argentina, New Zealand masih mendahului carta dengan perbezaan jaringan.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment