Skip to main content

‘Peluang emas tetap ada’

KETIKA ramai meragui kemampuan Datuk Lee Chong Wei untuk meraih kilauan emas pertama pada Sukan Olimpik London selepas mengalami kecederaan buku lali kanan di pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, baru-baru ini, Majlis Sukan Negara (MSN) tetap mengharapkan keajaiban dilakar jaguh nombor satu dunia itu pada temasya yang akan membuka tirainya 27 Julai depan.

“Ramai yang bertanya kepada saya mengenai kemampuan Chong Wei untuk meraih pingat emas. Memang benar ketika ini dia seolah tiada sebarang kelebihan untuk menghadirkan emas.

“Tapi perlu diingat, keajaiban biasanya berlaku apabila kita berada pada situasi yang tidak memihak kepada kita.
“Saya percaya ia juga akan dilalui oleh Datuk Lee Chong Wei kerana dia adalah seorang pejuang. Diharap saat sukar yang dilaluinya ketika ini akan menjadi pencetus semangat kepadanya untuk mencipta keajaiban pada Sukan Olimpik nanti.

“Ditambah dengan sokongan 28 juta penduduk Malaysia, ia diharap menambahkan lagi motivasi Chong Wei di London nanti,” kata Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi MSN, Suhardi Alias.

Beliau ditemui pada majlis Telekom Malaysia (TM) berkongsi semangat ‘Team Malaysia’ dengan pasukan harapan negara di Olimpik, semalam. Chong Wei mungkin mampu sembuh sepenuhnya sebelum bermulanya temasya sukan terbesar dunia itu, namun Ketua Eksekutif Institusi Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebelum ini pernah berkata, sukar untuk meramalkan adakah pemain itu mampu berada pada prestasi terbaik apabila beraksi di Sukan Olimpik nanti. Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman, berkata bagi menghangatkan lagi kempen menyokong atlet negara pada temasya Sukan Olimpik nanti, pihaknya akan mengadakan beberapa program, antaranya Team Malaysia Fan Run yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 17 Jun depan.


“Ia adalah acara sehari yang dianjurkan TM sebagai simbolik menggambarkan perpaduan dan sokongan buat atlet yang mengambil bahagian.

“Kami juga akan menganjurkan peraduan Team Malaysia Super Fan. Empat peserta yang menerima markah tertinggi akan memenangi hadiah utama percutian sepenuhnya ke London dan merasai sendiri kehangatan temasya Sukan Olimpik,” katanya.



Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...