Skip to main content

Peluang terakhir pemanah wanita

KUALA LUMPUR - Peluang skuad memanah recurve wanita negara mengiringi rakan sepasukan lelaki ke Olimpik London masih belum tertutup sepenuhnya, dengan siri ketiga Piala Dunia Memanah di Ogden, Amerika Syarikat pada 19-24 Jun ini, akan menjadi medan buruan tiket terakhir.

Kejohanan di bandar raya AS itu digunakan Persekutuan Memanah Dunia (FITA) untuk mengadakan serentak Pertandingan Kelayakan Terakhir (FQT) bagi mencari calon mengisi baki tiga slot berpasukan dan empat slot individu (kedua-dua kategori lelaki dan wanita) terakhir.

Setakat ini, hanya Nurul Syafiqah Hashim berjaya mengesahkan tiket individu melalui Kejohanan Asia di Tehran, Iran tahun lalu.

Malaysia masih berpeluang menghantar wakil maksimum tiga pemanah sekiranya berjaya menamatkan saingan FQT sebagai tiga pasukan terbaik.

Misi itu bagaimanapun dilihat agak mustahil memandangkan prestasi skuad wanita yang juga dianggotai Ng Sui Kim, Nur Amirah Mohamad dan Shahira Abdul Rahim tidak begitu menyerlah berbanding pasukan lelaki di pentas dunia.

Hanya 12 pasukan berhak beraksi pada Olimpik London, sedangkan pasukan wanita kita yang sekadar menduduki ranking ke-26 dunia, tidak dianggap sebagai pencabar kepada tiga slot yang masih menjadi rebutan.

Dalam pada itu, Piala Dunia Ogden juga tidak boleh diambil mudah trio lelaki, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin yang menjadi kumpulan atlet pertama Malaysia mengesahkan aksi Olimpik menerusi Kejohanan Dunia di Torino, Itali Julai lalu.

Anak didik Lee Jae-Hyung yang cemerlang sepanjang separuh tahun kedua 2011, masih tercari-cari rentak tahun ini setelah kecundang seawal pusingan pertama pada dua siri Piala Dunia terdahulu di Shanghai, China dan Antalya, Turki.

Oleh itu, sebarang harapan untuk melihat mereka mencabar pingat pada Olimpik bergantung kepada persembahan di Ogden yang sudah pasti dijadikan sebagai medan pemanas badan oleh hampir kesemua pasukan yang bakal berentap pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Pada Olimpik Beijing empat tahun lalu, Malaysia yang diwakili Chu Sian, Marbawi Sulaiman dan Wan Khalmizam Abdul Aziz mara sehingga ke suku akhir, namun pasukan sedia ada diyakini mampu mencapai prestasi tahap lebih tinggi.

Ini berdasarkan kemampuan trio pemanah kita itu menjuarai Kejohanan Asia dan muncul naib juara siri keempat Piala Dunia Shanghai tahun lalu, sebelum konsistensi kembali menjadi masalah bermula awal tahun ini.




Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Khairy Pertikai Keputusan FAM Beri Hak Tuan Rumah Kepada Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaku...