Skip to main content

Sukan Malaysia: Terengganu sasar 40 pingat emas untuk pertahan kejuaraan

KUALA LUMPUR - Meskipun belum meletakkan sasaran spesifik perolehan pingat emas pada Sukan Malaysia 2012 di Pahang Julai ini, juara bertahan Terengganu yakin untuk mengumpul lebih 40 pingat emas pada temasya kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Terengganu, Rozi Mamat berkata, keyakinan untuk memperoleh jumlah tersebut bersandarkan kepada keupayaan atlet baru dan program pembangunan sukan yang berjaya dilaksanakan.

Menurutnya, pada penyertaan kali ini, atlet baru akan diberikan kepercayaan bersaing untuk mendapatkan pingat emas.

"Kita mempunyai ramai atlet baru dan pemantauan akhir menggambarkan bahawa Terengganu bakal memberi saingan yang lebih kuat malah kita yakin mampu menjadi juara buat kali keempat.

"Buat masa ini sasaran pingat emas tidak boleh berikan secara terperinci namun saya percaya Terengganu mampu melakukan yang terbaik pada penganjuran kali ini," katanya selepas majlis pelancaran program Evolusi R di sini, semalam.

Evolusi R adalah satu program anjuran Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersatu Malaysia (Riders & Rempit United) untuk membangunkan komuniti remaja bermotor selain menghindari generasi muda daripada terjebak dengan gejala negatif.

Sementara itu, Rozi berkata, acara yang diyakini mampu untuk menyumbang pingat emas buat Terengganu pada Sukan Malaysia kali ini ialah basikal, angkat berat dan sukan tempur.

"Tahun ini acara kanu tiada dipertandingkan tambahan pula ada beberapa atlet kami yang bakal menyertai Sukan Olimpik namun kita yakin dalam acara yang ada kami masih mampu untuk mendapatkan pingat emas.
"Seperti yang kita tahu ada atlet muda kami telah layak ke Sukan Olimpik seperti atlet memanah dan tidak dapat beraksi pada temasya kali ini. Ia tidak menjadi masalah kerana melalui program pembangunan yang telah dijalankan sejak dahulu kita tetap berupaya memberikan saingan," kata Rozi.

Terengganu muncul juara Sukan Malaysia berturut-turut sejak 2008 dan tahun lalu negeri itu mengutip 23 pingat emas.



UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...