Skip to main content

Debaran enam perenang negara


CAI LIN antara enam perenang negara yang masih menunggu keputusan FINA untuk beraksi pada Sukan Olimpik di London bulan depan.


"SAYA tidak bimbang tetapi kecewa jika tiada slot untuk perenang negara."
Itu reaksi jurulatih renang negara, Paul Birmingham ketika ditanya mengenai peluang anak- anak buahnya untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London bulan depan.
Ketika ini, Birmingham dihimpit dilema apabila Persekutuan Akuatik Antarabangsa (FINA) masih belum mengesahkan dua slot jemputan (wildcard) kepada perenang negara yang sepatutnya dilakukan pada 22 Jun lalu.

"Seperti yang kita sedia maklum, peraturan baharu yang diperkenalkan FINA bagi kelayakan renang Olimpik kali ini memang cukup merumitkan.

"Ini kerana mereka (FINA) seolah-olah memberi perhatian yang lebih kepada 16 negara terbaik sahaja.
"Bagi negara kerdil seperti Malaysia yang berada di tengah-tengah kelompok negara besar tersebut, laluan kita memang susah walaupun mempunyai enam perenang yang layak (ke London)," kata Birmingham ketika ditemui di Pusat Akuatik, Bukit Jalil semalam.
Berbanding Sukan Olimpik 2008 di Beijing, perenang yang melepasi had masa kelayakan B akan layak secara automatik beraksi pada temasya tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan peraturan baharu FINA, keadaannya tidak sama lagi apabila kelayakan B hanya dianggap sebagai 'jemputan'.

Lebih malang, standard had masa kelayakan A yang ditetapkan FINA adalah hampir mustahil untuk dilepasi oleh mana-mana perenang negara.
Bagi kebanyakan perenang negara, had masa kelayakan B adalah satu-satunya cara untuk mereka beraksi di bumi London.

Lebih merumitkan keadaan, nasib mereka yang berada dalam senarai jemputan bergantung sama ada FINA dapat mengumpul 900 perenang yang layak menerusi had kelayakan A atau tidak.
"Sebab itu, peluang kita amat sukar. Bukan tidak ada tetapi situasi tersebut membuatkan kita mengharap keajaiban berlaku," ujarnya.

Setakat ini, perenang yang telah berjaya melepasi masa kelayakan B ialah Khoo Cai Lin bagi acara 400 meter (m) gaya bebas, Chui Lai Kwan (50 meter gaya bebas wanita), Christina Loh (100 meter kuak dada wanita), Siow Yi Ting (100, 200 meter kuak dada wanita), Yap See Tuan (200 meter kuak dada lelaki) dan Kevin Yeap (1500 meter gaya bebas lelaki).

Birmingham turut menegaskan, sekiranya tiada perenang negara yang layak beraksi pada Olimpik nanti, ia bukanlah disebabkan oleh prestasi hambar mereka.

"Jika mereka gagal beraksi, ia disebabkan sistem dan peraturan yang menyusahkan.
"Hingga kini, prestasi mereka amat bagus dan cukup layak untuk bertanding pada Sukan Olimpik.
"Mereka cukup bersedia sekiranya dipanggil untuk bertanding di London nanti," jelasnya.




Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...