Skip to main content

Impian Olimpik jana kebangkitan

PASTI masih ramai masih mengingati ekspresi wajah pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang menahan kesakitan akibat tertusuk serpihan kayu ketika menyertai Kejohanan Trek Piala Dunia di Manchester, Februari tahun lalu.
Meskipun kayu sepanjang 20 sentimeter itu menembusi betis kirinya, pelumba yang kini berusia 24 tahun itu enggan menunjukkan sikap menyerah kalah sebaliknya bangkit meneruskan perjuangan, menamatkan perlumbaan acara keirin di tangga ketiga sedang juara menjadi milik Chris Hoy.

Kisah penuh inspirasi itu dihayati peminat sukan seluruh dunia dan ia juga menarik minat Visa untuk meletakkan Azizulhasni sebaris dengan atlet ternama luar negara sebagai duta, atau lebih tepat sebagai sebagai Team Visa.

Ia juga membawa penulis bersama rakan dari The Star dan Astro Arena menyaksikan detik bersejarah itu, apabila pelumba yang turut dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ dinobat atlet pertama negara menyertai Team Visa di Dunc Gray Velodrome, Sydney hujung minggu lalu atas pelawaan Visa.

Bayangkan, berada sebaris dengan atlet ternama dunia seperti Michael Phelps dari Amerika Syarikat, Yelena Isinbayeva (Russia), Phillip Idowu (United Kingdom), Li Na (China) dan Valerie Adams (New Zealand). Ia pasti satu pengiktirafan yang luar biasa.

“Saya benar-benar gembira, terima kasih kepada Visa yang menyokong saya dalam perjalanan sebagai ahli sukan, demi mencapai impian meraih pingat emas pertama buat negara saya, Malaysia,” kata Azizulhasni yang sempat meluangkan masa dalam kesibukannya berlatih di Melbourne untuk ke Sydney pada hari itu.


Tuturnya sebagai seorang wakil negara ke Olimpik juga semakin meyakinkan apatah lagi selepas berguru tiga tahun bersama jurulatih John Beasley di Melbourne, nadanya menunjukkan dia bersedia mencabar jaguh berbasikal dunia.

“Impian ke Olimpik amat penting bagi saya. Olimpik sebelum ini di Beijing lebih dilihat kepada medan mencari pengalaman dan kali ini adalah masa untuk saya memenanginya.
“Untuk mencapai sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu dan saya akui, banyak yang saya korbankan untuk berada di Olimpik demi memenangi pingat emas. Bagi saya, setiap halangan saya anggap hanya perkara kecil, apa yang perlu dilakukan adalah fokus terhadap impian itu,” katanya yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Ketika ditanya adakah insiden di Manchester itu memberi motivasi terhadapnya, atlet kelahiran Dungun itu lebih senang melihatnya dengan pandangan positif.

“Ia membuatkan saya bekerja keras dan tidak mengalah. Selepas kemalangan itu, saya berehat selama empat bulan dan kemudian bermula dari bawah. Saya berlatih bersungguh-sungguh kerana perlu memenuhi impian saya.

“Tempoh empat bulan itu merupakan masa yang paling sengsara bagi saya. Saya hampir mengalah tetapi sedar tanggungjawab besar terhadap negara serta cinta dalam sukan ini yang mendalam.

“Mungkin dalam setiap kejadian itu ada sesuatu yang tersirat, kalau dulu, saya berlatih terlalu kuat hingga tujuh hari seminggu. Allah memberi ruang untuk saya berehat, Dia berikan saya kecederaan ini,” katanya yang menggalas tugas berganda, bertanding dalam acara pecut sebelum keirin di London kelak.

Apapun, sebelum beraksi di pentas Olimpik, penuntut Ijazah Sains Sukan di Universiti Victoria itu akan ke Jerman minggu depan untuk mengikuti kejohanan selain mengintai kekuatan pesaingnya.

Bagi Pengarah Perhubungan Korporat Visa bagi Asia Tenggara, India dan Bangladesh, Gary Hamilton-Walker, pemilihan Azizulhasni sebagai duta Visa tepat dan tidak perlu dipertikaikan sama ada pelumba itu mempunyai tarikan global atau sebaliknya.

“Pemilihan ini bukan kerana dia mempunyai tarikan global tetapi lebih kepada seorang individu yang berjaya mencapai banyak kejayaan sekalipun mengharungi pelbagai kesukaran dalam menggalas impian negaranya. Ia menggambarkan apa sebenarnya Olimpik,” katanya.

“Hakikatnya, dia adalah juara global sejati.”



Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...