Skip to main content

Malaysia Mampu Bangunkan Pemain Bola Sepak Tempatan Yang Baik - Shabery

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Kejayaan skuad negara membelasah Filipina 7-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Asia B-22 di Stadium Aung San, Yangon, semalam membuktikan bahawa Malaysia berupaya membangunkan pemain bola sepak tempatan yang baik, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kejayaan itu menguatkan kepercayaan bahawa dalam sukan bola sepak, negara tidak boleh bergantung kepada pemain import atau pemain luar yang diberi taraf kerakyatan untuk mewakilinya.

Menurutnya ini kerana kebanyakan pemain dari luar datang ke Malaysia hanya selepas mereka tidak dapat bermain di kelab-kelab profesional di tempat masing-masing atas pelbagai sebab dan ada yang sudah lanjut usia.

Katanya kejayaan membelasah Filipina itu cukup manis kerana pasukan bola sepak senior kebangsaan sebelum ini diberi cabaran hebat oleh pasukan senior Filipina, namun pasukan muda negara mudah menewaskan lawan mereka itu, semalam.

"Bagaimanapun kita tahu Korea Selatan adalah pasukan yang kuat dalam kumpulan ini dan saya harap kita akan terus menang dalam perlawanan akan datang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dan Golf House Academy (GHA) di lobi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini.

Ahmad Shabery mengingatkan pasukan negara supaya berhati-hati apabila berdepan pasukan Myanmar kerana prestasi skuad tuan rumah itu dilihat cukup mantap sejak kebelakangan ini, selepas negara itu memperbaharui sistem liganya. Perlawanan Malaysia berikutnya ialah menentang Taiwan pada Khamis ini.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...