KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Angkat Berat Malaysia
(PABM) akan membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
(IOC) berhubung penarikan kuota atlet angkat berat wanita negara,
Azizah Fadzil untuk beraksi di Sukan Olimpik London, bulan depan.
Presiden PABM Zafarul Akhbar Kassim berkata beliau perlu membawa perkara tersebut kepada badan induk sukan dunia itu minggu depan kerana Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) gagal memberikan jawapan munasabah mengenai status Azizah sehingga kini.
"Kita tidak mendapat penjelasan yang munasabah daripada IWF mengenai penarikan kuota Azizah ke Sukan Olimpik sehingga kini.
"Saya akan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengenai perkara tersebut sebelum dibawa ke pengetahuan IOC minggu depan," katanya kepada Bernama, pada Jumaat.
Berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan dalam laman sesawang IWF pada Jumaat, tiada nama atlet angkat berat negara yang tersenarai ke London.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment